Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

MGTT di PMC

pagi ni kol 8.30 aku dah terpacak kat PMC.tapi doktor tak mai lagi so nurse soh aku buat test teruih la..pi masuk lab,mengikut kata depa aku kena amek darah 3 kali dan urine test pun 3 kali.maknanya sejam sekali la kan..huaa dengaq nak amek darah 3 kali ni aku cuak gak.kalo dulu amek darah 2 kali pun sampai 5 tempat,kali ni mcm mana ya..hehe..alhamdulillah 3 kali ja kena cucuk.nasib baik la depa pandai cari urat aku..dah tu minum ayaq gula perisa blackcurrent plak kan..lazat sungguh..hahaaha

dalam 11.30 pagi macam tu dah abes test.tapi nak tunggu jumpa doktor yang lambat tu.nurse soh stay sebab dia kata lg senang tau result arini.dalam 12 lebih macam tu baru jumpa doktor.dia cakap semuanya ok..alhamdulillah..senang hati!doktor cakap so kes aku ni berbalik kepada perkara pertama la iaitu memang semulajadi air ketuban banyak.hehe..so next appointment aku 12 feb nanti ;D

No comments: