Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

check up di PMC ke-3

harini agak lewat aku pi PMC.dalam 10.30 pagi macam tu.my b laa susah nak bangun pagi ni sebab lepas subuh baru dia tdoq.pagi2 buta pi amek mak mentua aku yang baru balik dari kelantan.so aku ingat takpa la lewat skit sebab selalu pi tadak orang.sekali aku pi mak aiiiiii ramainya orang..haaa amek 3 jam aku tercongok kat situ..hadoiiiii..

sampai turn aku,dr.kumar dah senyum dari jauh.dia kata dia nampak aku dok tunggu lama dah kat depan tu tapi takleh nak potong Q la dia kata..hehe dia pesan kalo nextweek mai orang ramai gak,bole tukaq mai hari lain.weekdays dia tak sebuk macam weekend..hmm takpa la maybe lagi sekali ja kot aku nk jumpa sebab minggu ni dah 39weeks dah..
harini scan seperti biasa.berat baby dalam 3.2-3.4kg..masih normal dia cakap.dia bagitau,sekiranya baby tak mencecah 4kg,dia tak akan buat keputusan untuk c-sec..memang dia menggalakkan patient dia bersalin secara normal.melainkan kalau ada masalah2 tertentu la..macam dalam kes aku,semua ok..alhamdulillah..so dia kata tadak masalah untuk aku bersalin normal.
dia ada bagitau sekiranya sampai 40weeks aku tak bersalin,ada lagi tempoh 9 hari selepas tu.kalau tak bersalin gak,dia akan induce..tapi dia kata dia akan masukkan 2 biji ubat ja untuk induce..kalau tak terbukak gak,terpaksa la c-sec..sebab kalau letak ubat banyak biji pun,rahim akan ada masalah nanti.

time scan dan check perut,dia gelak sebab kepala baby masih longgar.my b cakap baby nak duduk lama kot kat dalam tu.dr.kumar ni memang suka senyum gelak2 la..hihi..behtu dia dok bagi penerangan kat aku n my b macam mana contraction tu..apa2 yang tak pasti bole call dia..nextweek dah cukup 40weeks.so hari sabtu depan,kalau aku tak bersalin gak,baru dia akan terangkan apa yang perlu dibuat..

baby,tanak keluaq ka?wanwi ngan lola nak pi umrah 28 feb sampai 28 mac nanti..kesian depa takdan nak tengok baby kalau baby tak keluaq lagi..nanti depa balik baby dah besaq dah..hehehe..

check up 39 weeks

arini check up 39 weeks.alhamdulillah semua ok.cuma lama sungguh aku menunggu..ya allah..sorang dekat setengah jam rasanya check perut.aku sampai ngantuk tersengguk2..sampaikan my b mai jenguk aku la..ya laa lama sangat duduk kat KKIA tu...nasib dalam 15 minit dia sampai turn aku dah.rupa-rupanya ada MA buat praktikal..nurse mintak kebenaran nak bagi MA tu dengaq heart beat baby.aku izinkan ja..ada 2 orang MA lelaki.yang nak tergelak nya 2-2 orang takleh dengan heart beat baby aku..haahaa..nurse tu sampai naik heran..depa kena letak satu alat apa tah kat perut,then dengaq melalui corong tu la..sampai ke sudah depa tak dengaq..last2 nurse guna alat biasa yg macam speaker tu..haa baru la dengaq.baby pun asyik godek2 sebab dah lama sangat dok tekan dia..baby aku ni pantang skit orang letak tangan lama2 atas dia..memang dia godek tak berenti la..tambah2 kalo nurse tanya,baby banyak gerak tak?aku angguk kan ja..behtu bila nurse pegang2 dia diam..dok cari jantung pun dia diam..tapi bila dah dapat haa jenuh berombak perut.. ;p

check up di PMC ke-2

harini awai gak aku pi PMC.dalam 9.30 pagi dah sampai.yang best nya tadak sapa lagi.so teruih ja masuk bilik jumpa dr.kumar..arini check up biasa-biasa ja..scan tu yang lama.hehe..doktor cakap berat baby dalam 3.2kg so kalo ikut kepada bentuk badan aku,tadak masalah untuk bersalin normal ;)..kepala baby pun blom turun sepenuhnya..huhu tamau turun ka baby ni ;p harini dr.kumar terlebih rajin plak dok scan 4D kat my b..saja dia main2..nak tengok bentuk rupa.tapi tak clear sangat.sebab katanya air ketuban kat area muka tu tak banyak,so imej tak terbentuk..bole nampak pipi bambam ja..haha
arini sat ja aku kat PMC.balik tu ikut my b pi showroom la..dah kat umah tadak sapa ;D

check up 38 weeks

hurm check up kali ni aku rasa macam cepat ja abes.tapi rupa2nya lambat jugak..hehe..punya la malas nak menunggu.tapi kali ni agak terkejut nurse cakap berat aku naik 2.3kg dari seminggu yang lepas.biaq betoi?baru timbang ja kemarin berat maintain ja.hish penimbang depa gelong la ni..memang nurse2 situ komplen kalau naik ramai2 bacaan dia bole lari..so nak tak nak kena la aku pi check berat selang sehari.hadoiii malasnya aku.behtu nurse cakap kaki aku nampak mcm bengkak skit..yang lain2 suma ok laa..

so 9 feb aku pi la plak timbang berat..turun 800gram..yang lain suma ok..nurse bebel plak berat aku turun banyak dalam masa 2 hari..hello?!kan aku dah cakap penimbang tu gelong..nurse cakap aku ni tak lalu makan ka berat turun mendadak.aku cakap la "ish kemarin dulu saya mai kata berat naik 2.3kg sebab tu kena mai amek berat lg arini."baru dia terdiam tengok buku aku..haishh..

11 feb pi lagi,turun 400 gram plak..tapi kaki bengkak skit.yang best arini ari jumaat so x sampai setengah jam pun.sebab ada 3 orang ja..hehe..masa ni KKIA bukak 8-9 pagi ja sebelum depa pi melawat ibu bersalin di rumah.lega aku asyik turun ja berat badan..
erk tapi esok ada check-up kat PMC lak..haih macam banyak kali ja aku kena pi hospital ;(

MGTT di PMC

pagi ni kol 8.30 aku dah terpacak kat PMC.tapi doktor tak mai lagi so nurse soh aku buat test teruih la..pi masuk lab,mengikut kata depa aku kena amek darah 3 kali dan urine test pun 3 kali.maknanya sejam sekali la kan..huaa dengaq nak amek darah 3 kali ni aku cuak gak.kalo dulu amek darah 2 kali pun sampai 5 tempat,kali ni mcm mana ya..hehe..alhamdulillah 3 kali ja kena cucuk.nasib baik la depa pandai cari urat aku..dah tu minum ayaq gula perisa blackcurrent plak kan..lazat sungguh..hahaaha

dalam 11.30 pagi macam tu dah abes test.tapi nak tunggu jumpa doktor yang lambat tu.nurse soh stay sebab dia kata lg senang tau result arini.dalam 12 lebih macam tu baru jumpa doktor.dia cakap semuanya ok..alhamdulillah..senang hati!doktor cakap so kes aku ni berbalik kepada perkara pertama la iaitu memang semulajadi air ketuban banyak.hehe..so next appointment aku 12 feb nanti ;D

check up di PMC

hari sabtu,aku pi wat check up kat PMC lak..ya laa last sekali scan time 32 weeks,so agak curious gak dah brapa berat baby la ni,ada apa2 masalah lain tak..ikut petua my fren,pi awai2 pagi takut ramai orang.hehe so pukul 9.30 pagi dah terpacak kat PMC tu..tadak la awai pagi sangat kan ;).doktor pakar yang bertugas time tu Dr.Kumar Ramasamy.ada la dalam setengah jam aku tunggu sebab ada patient lain sebelum aku.then aku orang ke-2..eh eh besnya!aku masuk dalam 10.15 macam tu la..

dah masuk tu,doctor tengok buku merah aku.dia tanya skit2 la pasai diabetes pak aku tuh then yang pasai D&C..pastu amek berat dan scan.my b request nak buat scan 4d.alololo sebab last sekali dia tengok baby time 5 bulan dalam perut.heehee kesian dia dah lama tak tengok baby..doctor cakap dia akan try buat sebab kemungkinan baby dah besar so susah nak tengok dah..time check perut,doctor cakap baby baru turun..hmm lambat lagi la kot nak kuaq ;p then scan 2d nak amek ukur berat dan panjang baby..time doktor check tu dia cakap air ketuban aku mcm banyak.dia try nak buat 4d scan tapi my baby sorok muka sebelah uri.haha..tapi yang penting tak malu ya my baby asyik menayang si anu dia.amboiiii tak agak2 menayang.doctor siap bole tunjuk penis,testis semua..yang part tu ja clear dia tunjuk.. ;p haha..

then dah abes scan doktor cakap kemungkinan air ketuban banyak ada beberapa sebab la.yang pertama,sebab semulajadi.memang banyak tanpa ada apa2 alasan.yang kedua,kemungkinan tulang belakang baby ada masalah atau masalah berkaitan dengan buah pinggang @ pundi kencing dia.dan yang ketiga masalah ibu yang hadapi diabetes.bila doktor tengok last sekali aku buat MGTT test time 7 bulan,doktor mintak aku buat sekali lagi disebabkan sejarah keturunan.alamak.....then esoknya doktor suruh aku buat test la.nasib la ahad aku cuti umum raya cina..ok ja la kalo nak buat pun..

doktor cakap berat baby dalam 2.95kg..pastu dia mcm tak puas ati pasai scan tadi.so dia mintak nak scan kali ke-2..aku ok ja..hehehe..time scan tu dia guna 2d scan gak.dia kata dia prefer guna 2d scan baru dia bole nmpak dengan jelas.tengok tulang baby,organ2 lain tadak masalah.tak semena2 my baby kalih muka dia ngadap monitor.haa amek,nampak mukanya yang bolattt..haha doktor pun excited soh baby jangan gerak2 dia nak tukaq pi scan 4d plak.time 2d tu bole nampak la bulat mata,bulat lubang hidung dan bulat mulut ;p lama gak doktor nak trace scan 4d..tapi tak dapat secara clear sgt la..yang aku perasan,hidung besaq mcm my b! hahah..mulut kecik mcm aku..pipi of kos ikut mummy dia ni..haha..mula2 doktor risau sebab nampak mulut mcm sumbing,tapi bila dia adjust gambaq and tengok balik 2d scan,dia cakap normal ;) dia cakap kat my b,dia rasa baby ni muka macam aku.hahaha best! aku tanya my b nak print ka.rasa2 takyah la kot kan.tp my b nak print.doctor cakap nanti dah besaq tunjuk kat anak u gambaq mula2 dia di dalam perut ;)

pergh sejam gak la aku dok dalam bilik doktor tu.sebab lepas aku dah tadak patient lain dah..best gak doktor kumar ni..dia ada bagi penerangan pakej bersalin PMC.if normal tak lebih dari rm1500..kalo c-zec dalam rm3500-4000 macam tu la.tapi aku tak decide lagi nak bersalin mana..hehe

37 weeks

minggu ni dah 37 minggu.kemarin konon2 aku amek la cuti..sebabnya dalam plan pagi tu nak pi KKIA buat weekly check-up then teruih pi PMC la kan..di KKIA seperti biasa nak menunggu check perut yang lamanya..dalam 11 lebih dah abes.alhamdulillah semuanya ok..so next monday plak la aku kena pi kalau tak bersalin lagi.hehehe..

lepas balik dari KKIA,singgah maxis centre kat kanchut.nak tengok2 promotion BB maxis.agak murah la sebenarnya walaupun BB tu yang paling koman di antara semua BB.hehehe..aku tak kesah sebab aku ni tak brapa meminat gadjet2 ni.takat bole guna sms and call pun dah cukup.niat di hati tahun ni memang nak beli tipon baru tahun ni.so alang2 promotion BB ni kira dah murah sangat,baik aku sambaq.hari kamis lepas dah pi tanya maxis centre kat star parade,depa kata if tadak no.maxis kena register no.rm50.oo..so kat kanchut ni aku pi tanya teruih la mcm mana nak pakai pakej yang dia tawar tu.tau tak apa jawapan staff maxis yang nama nadzirah tu "pakej ni orang yang ada line maxis ja bole pakai,tak bole register no.baru"aikkk aku mcm blur2 lak.abaq kat my b..dia kata jum pi star parade balik..so kat star parade aku tanya staff nama fisha ni.dia cakap kalo tadak line,kena register no.baru..aku cakap la staff maxis kanchut kata pakej ni valid untuk pengguna maxis ja yang lama ja.dia mcm heran..dia cakap ish tadak la..staf tu cakap macam tu sebab sana tadak stok kot..hmm panas betoi aku kena tipu hidup2 dengan staf nadzirah tu...kat maxis star parade pun tadak stok.so dia call bos dia tanya..bos dia cakap kalo esok tak sampai,seminggu lagi baru sampai sebab nak cuti raya cina ni.tapi bos dia memang dah order dah,tunggu ja laa bila stok tu sampai..hehe...so aku dalam mode menunggu la ni ;)

dah setel suma tu dalam kol 3 lebih..kol 4 petang nak pi makan kenduri plak kat umah abg syam.adik dia kawen..so tak sempat gak aku nak pi PMC..hmm aku memang dok rasa dah ala2 sakit pinggang,sakit perut,sakit macam2 ni..perut pun ala2 dah turun ke bawah skit..so orang tua2 yang jumpa aku kat kenduri kata macam tak lama dah ni..hihi..tak sabaq plak aku ;D