Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

check up di PMC ke-3

harini agak lewat aku pi PMC.dalam 10.30 pagi macam tu.my b laa susah nak bangun pagi ni sebab lepas subuh baru dia tdoq.pagi2 buta pi amek mak mentua aku yang baru balik dari kelantan.so aku ingat takpa la lewat skit sebab selalu pi tadak orang.sekali aku pi mak aiiiiii ramainya orang..haaa amek 3 jam aku tercongok kat situ..hadoiiiii..

sampai turn aku,dr.kumar dah senyum dari jauh.dia kata dia nampak aku dok tunggu lama dah kat depan tu tapi takleh nak potong Q la dia kata..hehe dia pesan kalo nextweek mai orang ramai gak,bole tukaq mai hari lain.weekdays dia tak sebuk macam weekend..hmm takpa la maybe lagi sekali ja kot aku nk jumpa sebab minggu ni dah 39weeks dah..
harini scan seperti biasa.berat baby dalam 3.2-3.4kg..masih normal dia cakap.dia bagitau,sekiranya baby tak mencecah 4kg,dia tak akan buat keputusan untuk c-sec..memang dia menggalakkan patient dia bersalin secara normal.melainkan kalau ada masalah2 tertentu la..macam dalam kes aku,semua ok..alhamdulillah..so dia kata tadak masalah untuk aku bersalin normal.
dia ada bagitau sekiranya sampai 40weeks aku tak bersalin,ada lagi tempoh 9 hari selepas tu.kalau tak bersalin gak,dia akan induce..tapi dia kata dia akan masukkan 2 biji ubat ja untuk induce..kalau tak terbukak gak,terpaksa la c-sec..sebab kalau letak ubat banyak biji pun,rahim akan ada masalah nanti.

time scan dan check perut,dia gelak sebab kepala baby masih longgar.my b cakap baby nak duduk lama kot kat dalam tu.dr.kumar ni memang suka senyum gelak2 la..hihi..behtu dia dok bagi penerangan kat aku n my b macam mana contraction tu..apa2 yang tak pasti bole call dia..nextweek dah cukup 40weeks.so hari sabtu depan,kalau aku tak bersalin gak,baru dia akan terangkan apa yang perlu dibuat..

baby,tanak keluaq ka?wanwi ngan lola nak pi umrah 28 feb sampai 28 mac nanti..kesian depa takdan nak tengok baby kalau baby tak keluaq lagi..nanti depa balik baby dah besaq dah..hehehe..

1 comment:

♥♥syahadah♥♥ said...

baby sulong mmg lambat sikit munna...akak smpi 6 hari..mudahhan munna@benna sihat waafiat..
jgn lupa byk2 doa yaa