Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

36 weeks

isnin lepas aku pi check-up lagi.owh sekarang kena pi ulang alik seminggu sekali sampai la dah bersalin nanti.huhu rasa malasnya nak tunggu lama2.tapi minggu ni alhamdulillah dalam 3 jam ja menunggu.nasib baik bawak game yg my b belikan utk aku main dlm pantang nanti.haha.lawak la my b ni ;p

semuanya normal alhamdulillah.nurse tanya nak buat perancangan keluarga tak lepas bersalin nanti.aku cakap ya la..dia cakap rancang tu elok2 2 tahun la bukan 5 bulan ya...hehe gelak aku.behtu nurse just bagi nasihat la mcm mana nak susun beg baby dengan mummy yang nak angkut pi hospital.

hmm ramai dok tanya aku ni nak bersalin kat mana?haihh aku tanya pendapat my b,dia cakap ikut yang mana hospital terdekat dia sempat bawak.kalo dah gabra ni menonong ja dia bawak keta ikut jalan yang dia ingat.haha..paling dekat dengan rumah KMC la..tak sampai 5 minit pun.tapi mahal sangat la cas dia.HSB plak if aku sakit pagi2 time orang nak pi keja,alahai mau rempuh 'jem strawberry' atas jalan tu ;p PMC pun ada dalam list.so tak buat lagi pun nak pi ke mana..hehe

owh ramai gak tanya takut tak?hmmmm sejujurnya,aku belum merasai perasaan itu.mula2 dulu ya aku takut.bukan takut nak bersalin,takut kalo jadi apa2 pada kandungan dalam 3 bulan pertama.kemudian aku menikmati sehabis mungkin perjalanan ini.kalau takut pun.takut if baby songsang ka atau ada apa2 masalah.selebihnya aku hanya redha dan enjoy this precious moment.tu ja.. ;D jangan banyak mengeluh,kesian baby dalam perut.sekarang ni pun aku blom rasa apa2,cuma excited sangat2 nak tunggu baby keluaq.maybe rasa takut tu akan tiba bila aku masuk dalam hospital kot..ngeeee ;p

onak duri

owh ada entri tertangguh la rasanya.aritu ada aku abaq nak cerita pasai kerja my b..syukur alhamdulillah di penghujung tahun 2010 my b & partner berjaya buka showroom pertama depa di alor setar.dalam shopping complex city plaza..yang tu la satu2nya shopping complex kat sini jadi tempat budak2 remaja melepak.alhamdulillah sebab baru sebulan beroperasi,impaknya sangat besar untuk bisnes my b.weekend or petang2 balik keja aku ikut my b pi sana la sebelum balik umah.selalu kat sana aku tlg cuci2 showroom tu,dak pun kalo customer ramai sangat,tlg layankan ja..hehe..

aku bersyukur sebab my b berjaya menempuhi onak duri dalam bisnes dia yang baru setahun jagung.umur bisnes dia ni sama dengan umur perkahwinan kami.sebabnya masa kami kahwin tu,masa tu la dia baru nak start bukak bisnes ni.dengan kewangan yang terhad,baru nak menyesuaikan diri dan macam2 lagi.memang tawakal,redha dan hanya memohon bantuan dari Allah SWT.sejujurnya aku redha dan sedikit pun tidak sesal dengan semua dugaan walaupun kami bermula dari 'kosong'.sebab my b yang aku kenai,dia akan berusaha dapatkan apa yang dia inginkan.sejujurnya jugak aku agak tidak mengambil kesah dengan kerja dia.hehe..sebab awai2 dia dah warning jangan masuk campur dalam bisnes dia.hihihihi..susah katanya kalo bini keja sekali.lepas tu 24 jam asyik tengok muka,semua benda buat sama2,masalah pejabat bawak balik ke rumah..so dia nak elakkan semua benda tu..dan disebabkan itu aku telah di banned untuk bekerja dengan dia ;p tapi kalo ada apa2 masalah ada gak la dia merujuk aku,tak pun aku dengan senang hati bagi cadangan @ nasihat.then terpulang la kat depa nak buat keputusan.

dalam perniagaan ni tetap ada orang yang berfikiran negatif.hurmm kadang2 pelik jugak dengan SESETENGAH orang melayu ni ya..masih tidak mahu memajukan dan merubah diri..bersaing la dengan cara yang sihat,tak perlu la guna taktik kotor untuk jatuhkan orang lain.sekiranya produk dan perkhidmatan anda adalah yang terbaik,insyaallah Allah SWT akan murahkan rezeki anda.sekiranya ada orang lain yang lebih baik,tingkatkan kualiti perkhidmatan anda kepada pelanggan.macam orang cina plak,banyak yg bagi nasihat tentang selok belok bisnes ni.takpa la my b cakap,kalau kita balas balik,maknanya kita pun sama taraf dengan depa.so fokus untuk beri yang terbaik ja untuk pelanggan,insyaallah Allah Maha Berkuasa akan membantu hamba-NYA..

rezeki keluarga tuan haji subri!


Add Videoalhamdulillah..
tahun ni nampak gaya tuan haji subri & puan hajjah norma bakal sambut 2 orang cucu la..
;) hehehhe...
my one and only sister kat salak tinggi nuh disahkan mengandung lagi ya..
owh ini anak yang ke-6!!!muhammad danish-pemalu dia ni.. ;)

alhamdulillah rezeki Allah Taala bagi..walaupun ni kali ke-6, kami sekeluarga masih terkejut terima berita ini..sebabnya,my sis cakap tahun ni nak rest,nak besarkan 5 heroes tu dulu sebab 3 yang atas dah masuk sekolah tahun ni.. (darjah 2,darjah 1 dan tadika)..tapi itu la nama pun rezeki..kita hanya merancang,allah yang menentukan..hehehe..


muhammad danial-paling kecik sebab lahir tak cukup bulan.muka dan perangai mirip arwah tok wan..gelaran dia 'tok mat'(nama manja tok wan aku)..hehe

aku tau mesti ramai yang cakap 'haaa??laaaa..mengandung lagik??kesian anak2 yang lain tu ha,kecik lg,takdan nak manja2..'hehe..tapi bagi my sis n my bro in law senang ja jawapan depa..setiap anak tu ada rezeki masing2..rancang pi la macam mana pun,kalo dah tuhan kata tu rezeki depa,takkan nak tolak kan..tapi betoi la cakap my bro in law..setiap anak dia tu,ada ja rezeki untuk depa (setiap kali kak aku pregnant,dia naik pangkat)alhamdulillah..


muhammad hakimi-yang ni paling nakal..masyaallah ada ja cara dia nak nyakat adik beradik yang lain..tapi dia gak yang paling cerdik sebab ada 2 orang sifu kecik dok tolong ajaq dia dari kecik2 lg..hehe

dan ya,my sis suri rumah sepenuh masa..lepas kawen dia berhenti keja sebab ikut suami pi sepang..tapi dia cakap,sebenaqnya jadi suri rumah lagi la sebuk sangat dari bekerja ofis hour ni..jangan taktau ya,my sis nak buat kek pun bole ngendong anak sebelah tangan.sebelah tangan lg ja dok buat kek dari mula sampai masak..punya terer tak terer..segala jenis masakan dia pandai buat la ni,walaupun mula2 kawen dulu nak masak nasik pun tak reti..sebabnya bila dia pregnant,dia mengidam apa2,semua dia masak sendiri..dari kuih muih tradisional sampai western food..so bila anak2 dah besaq ni,memang depa request ja kat my sis nak makan apa..hehe..


muhammad hazeem-yang ni aku jaga dia dari umur sehari ok.. ;p suka sungguh sengeh..

harap2 semuanya dipermudahkan..sebuk la my babah ngan ummi sebab tahun ni cucu depan bertambah jadi 7 orang! 5 lelaki,insyaallah sorang ni pun lelaki jugak ;p..yang ke-7 tu taktau ka laki ka perempuan..hehe..kalo lelaki jugak,bole buat futsal team dah ;) my sis cakap 'aku tak kesah pun laki pompuan.janji sehat..'hehehe


muhammad syiham-yang ni baru setahun lebih.tak pandai cakap banyak lg.bola angguk geleng2 ja kalo tanya apa2..hehe..

last jumpa doktor ;)

10/01/2011-aku pi check up perut.ni kali terakhir kena jumpa doktor,nak scan apa suma la..so dengan semangatnya aku pi dalam kol 8.15 pg mcm tu.tengok giliran no.46..ahaa!mesti tak lama punya la sebab selalu time tu no.60 la 80 la..hehe berangan kejap la nak balik awai..kononnya!

nak amek berat badan perghhh dekat sejam lebih gak haa..hishh..sekali tengok nurse yang buat keja..hmm mcm last week,2 orang ja then dua orang tu la yang panggei nama,amek berat,check bp apa suma..hadoi.aku cakap la this week aku nak kena jumpa doktor.nurse belek kad,dia cakap amek urine ja sebab lastweek dah amek hb darah.lepas amek urine kena check perut kat nurse,then baru leh jumpa doktor.haa sudah.selalunya teruih jumpa doktor ja..nurse ni cakap,kali ni kena check perut dulu..haihh makin lama la aku tercongok kat sini.

dah amek urine suma,pi kat bilik nak check perut sekali tengok,makkk oooi ramai gila orang.apa kes ni?masing2 muka dah bosan.aku yang tak penah2 tetido time check perut pun bole tido 2 round!perghh sampai kol 12.15 aku tercongok kat depan bilik tu..gila lama..rupa2 hari tu hari orang2 dari klinik desa mai ke klinik daerah utk jumpa doktor.disebabkan ramai,time turn aku tu baru depa tambah sorang lg nurse.nurse tu plak budak baru.hehe..so aku pun bole sembang mcm2 ngan dia..dah abeh check suma baru la pi jumpa doktor.ada la dalam setengah jam menunggu.time menunggu tu aku sms bos cakap aku cuti ja arini.dah pukul 1 lebih dah,malas aku nak masuk ofis.

sampai turn aku doktor cakap test MGTT kali ke-2 aritu normal.tadak apa2 masalah.then time scan,doktor dok amek ukuran dan berat baby.masuk 34 weeks ni berat baby baru 1.9kg..hehe kecik baby aku..panjang plak dalam 41cm.. ;) then doktor tengok kepala,tangan,kaki dan jantung.alhamdulillah semua ok..kepala dah kat bawah..jantung pun ok..time doktor dok scan, mula2 ja dia diam sat..lepas tu my baby dok tendang2..haha..doktor tu senyum,cakap baby aktif ni,cuba tengok jantung dia..hehe

dah abeh suma,aku pi jumpa nurse balik..nurse tu terangkan balik la apa yang doktor tulih..nurse cakap nanti jumpa doktor pulak 6 minggu lepas bersalin.next appoinment nurse bagi tarikh 24 januari.nurse cakap itu pun kalo tak bersalin lagi la.kalo dah bersalin,mai report ja then mai balik 6 minggu lepas tu..aku macam terkejut sikit time tu.erkkk..memang dah dekat ka nak bersalin ni.sebab 24 januari tu 2 minggu ja lagi..hahahah..hish dok rasa macam lama ja lagi baby nak kuaq.. ;p tapi sekarang ni aku banyak berjalan lepas abes keja.macam petang kemarin lepas abes check up aku pi kat showroom my b..then saja jalan2 cari majalah.hadoi seksa gak nak berjalan pun.dok rasa ngilu ja haa..aku plak style jalan cepat.bila ngilu,mula la pedo jalan.tapi aku rasa hish lambat nya nak sampai..haha last2 aku jalan buat taktau ja.. ;)

check up kali ke-10

05/01/2011-aku pi check-up 2 minggu sekali dah.sebab dah lepas 7 bulan kan..semuanya ok alhamdulillah..cuma masyaallah lamanya nak menunggu sebab nurse tak cukup.ramai yg meeting..baby plak dok bergerak x berhenti.maybe dia pun bosan kan ikut mood aku yg bosan tu..aku dok ngunyah,dia dok menendang tak berhenti..'ngunyah' sama la tu..haha..siap dok sedu2 lepaih aku makan..hahha..ya ya ya ja macam makan sama2 ngan aku (bosan2 aku imagine la dok mkn ngan baby)..hehehe..

time masuk check perut,nurse kak zah(nurse ni mmg best.dia bahasa diri dia kak zah ja) tanya aku "baby gerak aktif tak?" aku angguk kan ja..sebab time tu tiba2 baby mendiamkan diri.kak zah check dia kata kepala baby dah turun ke bawah..last 2 weeks kepala dok melintang perut..syukur alhamdulillah,yang tu aku nak dengaq tu..

then dia nak amek bacaan heart beat baby.dia dok letak2 x dengaq pun.dengaq baby dok gerak ja..sekali amek!gerak tak berhenti2 sampai senget2 perut aku..terbonjol sana sini.aku pun naik risau.baby aku ni pasepa jadi lagu ni.tadi bukan main dia diam..kak zah tu releks lagi..dia biaq ja baby aku tu dok menari kat dalam.sambil2 tu ada sorang nurse mai tanya dia pasai kes patient lain.so sambil dia dok lekap alat dengaq jantung tu,sambil dia sembang2 la..yang aku ni berpeluh dah sebab baby gerak tak berhenti,sengal2 abeh tulang rusuk ngan perut aku.sambil2 sembang tu kak zah dok 'kepung' baby aku tapi baby aku dok tolak tangan dia..hahaha..ada la 3-4 minit dia biaq baby aku menari sorang2..dah nurse tu blah,dia kata "baby gerak takmau berhenti sampai heart beat pun tak bole amek.bila dia gerak tak berhenti,heart beat dia jadi laju,tak bole amek bacaan normal"dia dok senyum kat aku.last2 dia 'kepung' baby,tindih tangan atas perut aku..baru la baby tu diam xleh bergerak..hahahha...dapat la bacaan heart beat 144..amboiii pandai dia tunjuk perangai noh..gamaknya dia dengaq kot nurse tu tanya dia aktif ka tak..so dia tunjuk la skill dia ;D

nextweek aku kena pi lagi check-up.kali ni jumpa doktor sebab dia nak scan plak untuk kali terakhir..yang lain2 alhamdulillah semuanya ok ;D

tapi dalam seminggu ni memang perasan my baby makin aktif.dah minggu2 terakhir sebelum nak kuaq kan..perut pun dah makin membesaq.berat bertambah 700gram ja..sekarang ni baby dah tak malu2 macam dulu.lagi orang pegang perut,lagi dia rancak bergerak..aku dah bole main2 pegang lutut,siku,bontot dia..hehe pandai2 aku imagine bila aku pegang berbonjol2 tu.siap bole cubit2 lg kot atas perut.. ;D my b sampai bising2 aku dok main cubit jemput2 bonjol tu,dia risau aku dok tekan baby,nanti terpeleot tulang la apa la..hahahha..risau lebih la my b ni..kadang2 bila aku rasa bonjol2 cepat2 aku soh my b pegang.hehe dia pun syok dok acah si kecik ni.