Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Muhammad 3 bulan

syukur alhamdulillah 21 Mei lepas cukup la wan muhammad hail berusia 3 bulan.haish pejam celik pejam celik sat ja masa berlalu.
dah masuk 3 bulan ni akai pun makin banyak.hari2 ada ja perkara baru muhammad buat.
antaranya muhammad tengah belajaq menggunakan jari jemari dia.kalo ummi kiss jari dia,dia dah tersenyum2 dah.kalo menyusu ja mula la tangan dia meraba sana sini.selalu dia cari jari ummi dia.pesyen dah time menyusu nak genggam tangan ummi dia sampai dia lena.hehe.kalo menyusu gunakan botol,dah pandai pegang botol sendiri dah..
selalunya time menyusu aku akan sentuh muhammad dari hujung rambut sampai hujung kaki.kalo dia macam kelam kabut sangat menyusu ala2 tak sabaq2 aku usap2 rambut dia.then dia akan lebih tenang skit la.adakala teruih lali nak tidoq.hihi..kalo dia tidoq tak berapa nak lena,usap2 skit rambut dia,tutup rapat la mata dia. ;)

malam2 keja muhammad menyembang dengan abah.dah jadi rutin harian dah sebenaqnya.hehe..abah cakap sepatah,muhammad sambung 10 patah.kalo sembang dengan abah,kaki tangan semua naik.hehe kesian abah kena pukui dengan anak sendiri.abah cakap kecik2 saja bole pukui macam ni.hihihi
minggu ni,muhammad dah mula pandai tengok tv.balik taman nuri,saja aku try bukak babytv kat astro tu.amboi macam nak melompat muhammad melayan tv.hihihi..sekarang ni malam2 muhammad nak abah nyanyi lagu twinkle twinkle little star.kalo tak pun buka youtube ja,ada satu video tu favourite muhammad.

owh angin muhammad minggu ni pun berubah dah.pukul 6 pagi dah segar mata bukak.nyusu sat behtu tidoq balik.malam2 sebelum tidoq ada la sikit ngamuk2.hmm kalo awal malam tu susah skit dia tidoq lena,asyik terjaga ja.kena duduk peluk dia baru lena.tapi lepas pukul 11 mlm, memang lena dia tidoq sampai ke pagi.kalo siang plak,makin kurang dia tidoq.dalam 15 minit macam tu ja.tp kalau lunch aku balik menyusu,amboiii macam x jumpa setahun.hahah..teruih bole tdoq lena lepas menyusu. ;p

Yang Ke-Dua

tahun ke-dua hidup kau dan aku
lahirnya buah cinta kau dan aku
menyemarakkan lagi rimbunan pohon kau dan aku
moga kisah kau dan aku
tidak terhenti terpaku
harapan biar sehingga ke akhir waktu
♥ you Wan Azizul Wan Yusoff

perkembangan wan muhammad hail

aku selalu panggei anak aku,muhammad.sebabnya lepas bersalin my b belum ada lagi nama utk baby ni.jadi yang pasti ada wan muhammad..so aku ngan tok2 muhammad ni asyik panggei muhammad ja.dah 2 weeks lepas tu baru la my b dapat nama belakang iaitu hail.so la ni aku dah terbiasa panggei muhammad,my b plak panggei hail.hehehe..

waktu muhammad keluaq dari perut,berat dalam 3.4kg.betul tekaan dr.kumar ;) lepas sebulan timbang naik dah 4.6kg.uish cepat sungguh kan.

masuk 2 bulan aku bawa muhammad pi cucuk kat KKIA.time ni timbang berat dah 6.1kg..tekejut aku..aku agak2 dalam 5kg lebih ja..nurse cakap semua ok ja..time cucuk,aku dok doa jangan la bagi dia nangis kuat.kang aku yg nangih sama..hahaha..alhamdulillah,dia tak nangis.cuma nangis sebab dok pegang peha dia.memang dia tak suka orang pegang dia kasaq2 ni..hihi..balik umah tu cepat2 demah tempat cucuk dengan air suam,sapu bam panas.then dok pantau suhu risau dia demam.syukur la tak demam ;)cuma merengek manja ja..

cukup 60 hari aku masuk keja.minggu pertama tu ada gak balik time lunch,tengok muhammad ok ja di umah.kat ofis memang aku akan pam susu,kalau tak tak leh wat keja la..mau lenguh badan..alhamdulillah sekali pam tu dapat la 8oz.syukur sangat2 susu aku banyak.murah rezeki muhammad..aku perah harini untuk bekalan hari esok.kalo ari cuti memang x sempat perah sebab asyik kosong ja tangki.haha..muhammad style takmau berenggang.pandai dia set masa.pukul 5.30ptg ke atas jangan arap dia nak minum botoi..tunggu ummi dia balik keja teruih melekap smpai dia tdoq. ;)kalau ummi tadak baru dia minum botoi..

16 mei lepas pi cucuk muhammad 3 bulan.amboi sakan sungguh dia tegur orang keliling.sampai aku pun naik heran tengok dia beramah mesra dengan melayu,cina,india.berat kali ni 7.1kg..masyaallah bertubuh sungguh anak ummi ni.aku bawak susu spare dalam botoi tapi dia takmau hisap.so terpaksa la aku cari tempat tersorok skit nak menyusu.hmm patutnya KKIA kena la sediakan bilik menyusu sebab depa yang menggalakkan penyusuan ibu ni.time aku dok menyusu nasib sorang nurse offer aku suruh masuk dalam bilik rehat depa.muhammad dah terlentok time tunggu turn nak cucuk.sampai turn dia,jenuh gerak gak la suruh bangun.takut dia tekejut time cucuk.alhamdulillah bunyi ekk sikit ja..hehe pastu sambung tidoq balik.ekk tu pun sebab aku tekan peha dia takut dia meronta2..

my b dah risau berat dia 7kg.takut jadi obesiti.next month timbang berat aku nak tanya nurse pasai berat hail ni samada perlu dikawal atau tak..

sekarang ni hail dah pandai gelak mengekek2.mula2 my b jeles tengok hail gelak dengan aku sebab dia kata dia tak pandai main ngan hail sampai gelak mengekek ni.tengok2 malam ni,my b gelak ja,hail yang mengekek terlebih2..hahaha..suka ati my b..tak payah susah2 main.tabiat hail malam2 sembang dengan abah.kadang2 sembang macam nak gado pun ada sebab tangan tu dok tumbuk muka abah ja..hehe...

owh malam ni hail asyik nak melekap ja kat ummi.rindu dendam sangat la tu yaaa..ni ummi bole mengarang sebab time ni memang hail akan tidoq nyenyak sampai kol 4 pagi..so ummi akan letak hail dalam katil hail sendiri.subuh nanti baru ummi bagi hail tidoq atas katil ummi plak sementara ummi siap2 nak pi keja..

rasa syukur pun ada sebab muhammad hail ni senang diurus.hanya nangis kalau lapaq susu ja.yang lain tu tadak masalah apapun..alhamdulillah