Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

onak duri

owh ada entri tertangguh la rasanya.aritu ada aku abaq nak cerita pasai kerja my b..syukur alhamdulillah di penghujung tahun 2010 my b & partner berjaya buka showroom pertama depa di alor setar.dalam shopping complex city plaza..yang tu la satu2nya shopping complex kat sini jadi tempat budak2 remaja melepak.alhamdulillah sebab baru sebulan beroperasi,impaknya sangat besar untuk bisnes my b.weekend or petang2 balik keja aku ikut my b pi sana la sebelum balik umah.selalu kat sana aku tlg cuci2 showroom tu,dak pun kalo customer ramai sangat,tlg layankan ja..hehe..

aku bersyukur sebab my b berjaya menempuhi onak duri dalam bisnes dia yang baru setahun jagung.umur bisnes dia ni sama dengan umur perkahwinan kami.sebabnya masa kami kahwin tu,masa tu la dia baru nak start bukak bisnes ni.dengan kewangan yang terhad,baru nak menyesuaikan diri dan macam2 lagi.memang tawakal,redha dan hanya memohon bantuan dari Allah SWT.sejujurnya aku redha dan sedikit pun tidak sesal dengan semua dugaan walaupun kami bermula dari 'kosong'.sebab my b yang aku kenai,dia akan berusaha dapatkan apa yang dia inginkan.sejujurnya jugak aku agak tidak mengambil kesah dengan kerja dia.hehe..sebab awai2 dia dah warning jangan masuk campur dalam bisnes dia.hihihihi..susah katanya kalo bini keja sekali.lepas tu 24 jam asyik tengok muka,semua benda buat sama2,masalah pejabat bawak balik ke rumah..so dia nak elakkan semua benda tu..dan disebabkan itu aku telah di banned untuk bekerja dengan dia ;p tapi kalo ada apa2 masalah ada gak la dia merujuk aku,tak pun aku dengan senang hati bagi cadangan @ nasihat.then terpulang la kat depa nak buat keputusan.

dalam perniagaan ni tetap ada orang yang berfikiran negatif.hurmm kadang2 pelik jugak dengan SESETENGAH orang melayu ni ya..masih tidak mahu memajukan dan merubah diri..bersaing la dengan cara yang sihat,tak perlu la guna taktik kotor untuk jatuhkan orang lain.sekiranya produk dan perkhidmatan anda adalah yang terbaik,insyaallah Allah SWT akan murahkan rezeki anda.sekiranya ada orang lain yang lebih baik,tingkatkan kualiti perkhidmatan anda kepada pelanggan.macam orang cina plak,banyak yg bagi nasihat tentang selok belok bisnes ni.takpa la my b cakap,kalau kita balas balik,maknanya kita pun sama taraf dengan depa.so fokus untuk beri yang terbaik ja untuk pelanggan,insyaallah Allah Maha Berkuasa akan membantu hamba-NYA..

No comments: