Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

muhammad pegang lesen L

amboi sakan wan muhammad hail ni posing ya.sekarang ni dok cuba lepas2 tangan.kalo dia rasa yakin,dia angkat 2-2 tangan ke atas macam YEAY!BOLE BERDIRI..haha..pagi2 bangun tido dok pegang2 katil dia sambil menapak perlahan2.sambil menapak tu mulut potpetpotpet bunyi.macam nyanyi riang ria pun ada.tapi dalam bahasa muhammad la ;p

lekas ya anak ummi.nampak gaya belum cukup 1 tahun bole berjalan dah kot ;)

orang jauh



last month aku buat pertama kalinya berjumpa dengan kak saki ;) kak saki ni aku kenal melalui forumer di salah satu forum yang aku slalu masuk tu.tapi la ni dah x aktif dah.so selalu la ber ym,facebook.last month kak saki balik malaysia.owh kak saki ni orang terengganu tapi kawen dengan orang jepun so menetap di jepun la sekarang ni.nak dikatakan jodoh,berjumpa gak dengan kak saki di bumi alorsetar ;)

kak saki bawa buah tangan dari sana untuk aku and muhammad..best!kat kak saki aku kasi tabung 1 MALAYSIA.hahaha..

antar kak saki balik ke kl ;)

thanks kak.baju ni padan dengan hail ;)

demam campak dan 9 bulan

lepas 3 minggu muhammad baik demam,tetiba dia demam panas plak.haish risau sungguh hati aku.demam sampai 39 suhunya.aku bawak pi kmc.masuk ubat kot montot tu reda skit.abes ubat tu ja mencanak lagi suhunya.pelikkk..risau dah aku.takkan nak kena demam macam aritu lagi.

lepas 2 hari,suhu muhammad makin turun.dan jeng jeng jeng,naik plak bintik2 merah kat muka.macam ruam tu.penuh kat dahi..


nampak merah2 ja kan kat muka? ;p


dalam seminggu gak la jadinya.nasib baik la bukan campak besar.yg kecik2 ni pun merengek ja muhammad ni.tapi tadak la sepanjang masa.

21 nov lepas cukup la wan muhammad hail 9 bulan.ya allah sat nya masa berlalu.akai makin banyak.gigi plak nak masuk 4 batang dah.hihi.sekarang ni muhammad dok pegang2 kat perabot umah la,kerusi la.dah bangun duduk sendiri dah.kalo berdiri pun selalu muhammad test diri sendiri.dia main lepas tangan bagi imbang badan dia.good boy!aku ni takat muhammad jatuh tergolek tu aku buat2 tak nampak ja.sebabnya kalo buat2 tak nampak dia tak gheyau.kalo kelam kabut pi angkat dia mula la gheyau tak hengat.hehehe.alaa takat jatuh skit2 ja pun.kalo aku buat keja apa2 pun,aku biaq ja dia main sorang2.sekali sekala ja jenguk.sebab suka sangat kutip benda bubuh dalam mulut.haish yang tu agak bahaya.so the best way,aku letak dia dalam walker.walker tu dapat hadiah dari ofis.ikutkan aku,mmg tadaknya aku nak letak.tp sayang plak kan tak guna walker tu.so aku tunggu muhammad bole merangkak laju,bole bangun berdiri sendiri,baru aku letak dlm walker.tu pun dia bukan nak sangat.ada la 5-10 minit ja dia nak duduk.hehe..

aaa aku lupa plak.6 nov lepas hari jadi my b!yeay!alang2 time tu raya haji,aku pun celebrate la besday my b kat umah.lg best sebab kakak2 my b dari kelantan mai raya sini.aku rasa dia pun tak penah celebrate besday time besaq2 ni.so aku order la kek red valvet n pavlova dari cik tasha ni..sedappp dan dekat dengan umah aku.membe2 adik aku ni ;) buat pun makan2 family ja.gambaq ada dekat official photographer.tak sampai lg plak kat aku.hihi.



ni kek red valvet tu..sedappp tauuu


pavlova ni aku order sebab depa tak penah rasa lg.org tua2 tak suka la sebab maneh.hehe..



ni hadiah dari aku dan muhammad.aku beli jam dekat my b.sebab jam my b pun dah lama sangat dah.jam ni aku beli dari jualan mega USA alhamdulillah sangat2 puas ati dengan servis dia.sebab benda ni dah ready stock di malaysia so dalam masa 2 hari ja sampai.muhammad plak aku bawak dia cari hadiah untuk abah.haha macam la muhammad pandai pilih.last2 pilih tempat letak pen,ada org pegang gitar.sebab muhammad and abah suka gitar ;) kad birthday tu aku n muhammad yang bagi.susah la nak amek cap jari muhammad.last sekali aku cat tapak kaki dia suruh dia pijak!haha senang ja kan.bole la jadi kenang-kenangan,tapak kaki muhammad time kecik2.. ;p

~MISS ROSE~

entri ni khas untuk produk MISS ROSE!

hehe.aku ni dah lama tertarik dengan miss rose ni.sebab ada gak membe2 jual kosmetik ni.tapi tu la asyik tengok dan tengok dan tengok tapi tak beli2 pun ;p tetiba maszlavista upload produk ni kat blog zone chanteq shoppe .aku usya2 sekali tengok mai aii murah lagi harga masz ni.terus dengan senang hati aku sambar eyeshadow & eyeliner MISS ROSE! dalam 2 hari sampai la parcel tu:




teruja aku bila parcel ni sampai!

phew!pembalutan yg sempurna



sangat teruja dengan eyelinear ni.aku rasa tiptop eyelinear ni.aku ada guna brand e*****o tapi bila kita sapu berulang kali,dia jadi kelabu.sapuan tu jadi hilang n kabur.memang frust!tapi dengan eyelinear MISS ROSE ni aku sapu 2-3 kali pun masih pekat dan hitam.sesuai la sangat dengan aku ni yg bilamana pakai eyelinear kadang2 ok kadang2 tak.haha tengok tangan aku la menjadi ka tak aritu.tapi so far,eyelinear ni tak buang masa aku banyak sangat.thanks~


yeah ni bole call/sms zone chanteq untuk tempahan


jeng jeng jeng.packaging yang menyelamatkan barang ni dari retak seribu! ;p


yeay!sangat teruja aku tengok color2 ni.dengan packaging yang sempurna,alhamdulillah semua condition tiptop!terpikir gak aku kang nanti retak seribu lak eyeshadow ni sebab dari kl-kedah macam2 bole jadi wooo ;p/alhamdulillah semuanya selamat!


ni aku test eyelinear.superb!


nampak?herot petot garisan hahaha.sebab tak sabar tunggu balik aku terus pakai ;p


ni aku guna eyeshadow & eyelinear MISS ROSE.sapuan dia memang cantek.rasa ringan.eyelinear pun tak terasa kalo pakai.warna memang tahan lama.nak cuci pun senang takyah susah payah nak gosok menggosok mata weh.




perihal oktober







hmm nampak gaya bulan oktober ni bulan penyakit la.hehe..mula2 aku dapat sakit batuk2..hmm mungkin akibat daripada aku dok mengemas barang,nak pindah umah.kemudian hail plak macam batuk skit2..mula masuk umah baru,makin bertambah buruk.hari selasa 2 minggu lepas,bawak dia check kat dr.guna PMC.doktor bagi ubat untuk 3 hari.kalau tak berkesan,baru nak nebulizer.mula2 tu dia just batuk2 ja..malam tu baru start demam,tak sedap badan.haihh..
hari khamis petang tu,aku check suhu dah 39.7.aiseh terus amek ubat masuk ke bont

ot.tunggu my b balik,dia cakap jum pi KMC.jumpa doktor terus kena tahan la.sebabnya 2 min
ggu sebelum tu dia dah demam tapi baik dah.ni demam balik.so doktor cakap tahan ja la..

1st day masuk wad dalam pukul 10mlm.doktor sharifah mai check,dia cakap suma ok just demam ja and selesema.malam tu depa bagi ubat 4 jenis.hail terusss lena sampai ke pagi.hihi..bangun tido ja kena makan ubat lagi.monyok ja muka hail..

monyok ja muka. ;)

hari jumaat,masih ok lagi,cuma selesema n batuk ja.then doktor cakap dalam telinga macam merah2 skit.kesan daripada batuk n selesema.so rawat yang tu la bagi baik.hari sabtu,kesan merah2 tu makin kurang tapi blom baik sepenuhnya lagi la..harini buat test blood nak tengok sel darah and influenza.alhamdulillah semuanya ok! hmm hari ni gak berpindah wad ke wad single room.selesa la skit.bole la abah hail tido sekali.kesian abah ngadu takleh tido sorang2 anak bini tadak.hihi..

hari ahad,tukar doktor sebab doktor sharifah bercuti.so doktor chua datang check.dia cakap kahak ada cuma tak banyak.so bole guna nebulizer ja.1st time hail guna.haiyaaa,bukan nak sedut,siap nak isap sekali ha...haha


saya tak suka sedut.saya suka masuk dalam mulut teruss ;p


doktor cakap kahak dia tak berkurangan la.so dibagi pilihan nak buat fisio or nak sedut kahak.my b pilih nak buat fisio sebab dia kesian kat hail kalo kena sedut.ikutkan aku nak suruh sedut terus ja.sebab aku penah teman anak2 sedara pi sedut,tadak la teruk mana pun.cuma biasa la kan kita yang tengok rasa gerunn..so doktor kata ok,kita buat fisio.start petang tu buat fisio la..buat dalam 15 minit.hail kan pantang skit orang pegang2 tangan dia.so bila nak buat fisio kena bedung dia la dengan kain tuala.apa lagi melalak sakan la hail.hihi..

hari selasa,doktor cakap kahak hail makin banyak.kalo tak sedut bole dapat penyakit lain la plak.doktor mintak nak xray sekali.aku cakap ok ja.aku pun abaq kat my b better sedut la.nak hail sakit sehari dua atau nak dia sakit sampai ke besaq kalo dapat penyakit asma kannn..so my b pun bagi kebenaran nak sedut.disebabkan aku keja,mama la yang bawak hail pi sedut.dia cakap kesian hail nangis sampai tadak suara.dia sampai cakap kat staff suruh berenti.hehe..memang la budak2 macam tu..haihhh sakit skit ja pun..bila xray dah siap,doktor jumpa aku.dia cakap still ada lg kahak.check untuk penyakit brokintis and pneumonia,result negatif.so kemungkinan hail ni kena virus demam yg melanda skrg ni.not to worry la.alhamdulillah...

hari jumaat aku lak pi teman hail pi sedut.ajak my b pi,dia takmau.so aritu aku teman hail sekali dalam bilik.alhamdulillah tak melalak2 pun.nangis pun tutup mulut ja.sebabnya aku dok nyanyi lagu favourite hail 'twinkle twinkle little star' heheheh..balik dari sedut my b ngan mama tanya la hail nangis tak.cakap la nangis tapi tadak la melalak2.sebab ada orang teman dia.kalo dia tak kenal siapa dalam bilik tu mesti dia nangis.bagus anak ummi ni.aku tau la my b tu kesian,mama pun tak sampai hati.so tinggai aku ja la yang kena beranikan diri.anak sendiri beb!takkan nak biar dia sorang2 dalam bilik tu.kuatkan diri la teman.nasib baik aku dah ada pengalaman so aku tadak la rasa kesian,nak nangis ka apa.lagipun hail nampak tak sakit,nangis melalak2..

gambar dengan akak nurse sebelum kuar wad.hee hee hee..menjadi rebutan tul hail ni..ramai dok usung dia sekali ngan doktor2.. ;p alhamdulillah la hari sabtu setelah 10 hari berada dalamw ad,hail bole balik dah.yabedabeduuu..abah dia yg seronok lebih.hihi

raya pertama & gigi pertama


masih belum terlewat lagi kan ummi nak ucap selamat hari raya aidilfitri.alhamdulillah raya kali ni berjalan dengan lancar dan best!ni raya pertama wan muhammad hail di dunia ini.tahun lepas hail raya kat dalam perut lagi..heheh...

tahun ni giliran raya kat kampung abah hail.sebenarnya aku merindui suasana di kelantan.taktau la pasepa,suka sungguh dengan suasana kat sana.kadang2 aku yang beria2 nak balik sana lebih dari abah hail.haha...tahun ni tema kami pakai baju jubah ;p kisahnya babah dengan umi beli baju jubah kat kami anak beranak + mak mertua aku so masing2 la tak beli baju raya.pakai ja jubah2 itu..hehe..


amboii buka main girang muhammad hail di pagi raya.tak caya?tengok gambaq ni:
bukan main ghenyeh sakan muhammad ni.. ;p


raya kalini 1st time bawak muhammad jumpa tok abah dia.walaupun hanya berjumpa di pusara.sekurang2nya dia kenal gak rumah tok abah dia kan..sedey ja tengok.sebab aku sendiri pun tak berpeluang kenai tok abah muhammad.my b sendiri pun dah ingat2 lupa kenangan dia dengan tok abah.sebab dah 21 tahun tok abah pergi.insyaallah tiap kali balik aku akan bawak muhammad pi umah tok abah.sembang2 dengan tok abah ;)

kali ni aku cuti lama sikit.sebab kat sini aku buat kenduri akikah muhammad.sekor kat sini,sekor lagi kat kedah time raya haji nanti insyaallah.buat pun kecil2 an ja.panggil sedara mara.hehe..raya kali ni tak puas la bersembang2 dengan kakak2 ipar.hahah bole pecah umah kalau dengaq kami ni bersembang.masing2 mulut pokpekpokpek.anak2 sedara plak masyaallah,semua pak lawak.dari besaq sampai kecik.ada ja benda lawak depa nak sembang.tak penah nak bermasam muka.hehehe..

time nak balik rasa haishhh..bole tak nak duduk sini teruih?hahaha..teringin rasanya nak duduk kat sini.rasa macam best plak kan..keluar pekan KB pun rasa macam aku duduk kat loqstaq.tak rasa terasing sangat.mungkin sebab dah lama kot aku duduk loqstaq,teringin nak berhijrah.tapi tu la my b punya bisnes ada kat loqstaq.dia plak memang lg serasi tinggal kat sini.kat KB nuh dia mati kutu tadak sapa2..hehehe..loqstaq pun loqstaq la..kang nanti kalo dok kb aku rindu plak nak balik mai dok loqstaq kottt ;p


owh on the way balik dari kelantan tu, 3 sept aku saja dok bagi muhammad gigit jari aku.sekali rasa 'ouchhh!' rupa2 dah naik 2 batang gigi depan bahagian bawah.hahaha..aiyakkk bahaya ni kalau time nyusu..mau jerit2 aku.. ;p nak tergelak plak muhammad ni..malam tadi tengah lali2 nak tdoq,muhammad dok baring nyusu.sekali dia pusing sebelah kiri,cari2 jari abah dia yang tengah tdoq tu.sekali dia gigit2 jari abah.terjaga abah terjerit2.haha..lawak2..selang seli plak tu aksi dia.sat2 nyusu kalih belah ummi,sat2 kali belah abah gigit2 jari..sampai la dia terlena.kesian abah jadi mangsa gigitan..hehehe

muhammad hail 5 & 6 bulan.

warghh bersarang yaa blog ummi ni.haha almaklumlaa penyakit malas sudaaa datang.alhamdulillah 21 ogos yang lepas muhammad haild ah cukup 6 bulan!syukur ya allah KAU berikan kesihatan yang baik ke atas amanah-MU ini.time hail pi check-up 5 bulan,berat dalam 9kg..check-up 6 bulan ni naik 500gram ja jadi 9.55kg..hehe nasib la tak naik mencanak2..nurse cakap berat dia normal ja.. ;)

masuk 6 bulan ni,dah bagi muhammad hail makan solid food.pagi2 buatkan hail bubur kosong dulu.amboiii bukan main nganga mulut haaaa..abes semangkuk!haha..kalau nampak orang makan ja mulut tu dah cupcapcupcap tengokkkk ja muka orang.hehe..

bulan puasa ni time bukak posa,ummi siapkan sekali la makanan muhammad hail.seronok dia bukak posa sekali.

lagi 4 hari umat islam nak sambut hari raya.persiapan tahun ni aku hanya buat persiapan muhammad hail ja..beli2 baju baru untuk hail..sebab baju yg umur 6 bulan semua tak padan dah..huaaaa...so beli la baju untuk umur setahun..heheh muhammad,muhammad...

oh yaa..family aku kat sini mcm tak meriah ja nak raya.sebabnya anak kak aku yang no.6 ditahan dalam NICU akibat virus di paru2 sebelah kanan.memang dia lahir tak cukup bulan.dah keluar dari hospital tapi kuasa allah,tetiba ja dapat virus ni.mengikut kata doktor,hanya bole tunggu dan lihat.depa dah buat sehabis ikhtiar dah.semuanya bergantung atas diri baby sendiri.sedih sangat aku rasa.lagi sedih bila tengok kakak aku berendam air mata.anak sedang bertarung nyawa,macam mana hati nak gembira..tawakal kepada allah..hari2 kak aku pi tengok anak dia sampai malam.usap2 bagi kata semangat.aduss sedih aku rasa.kakak aku sampai lembik la bila tau keadaan baby dia..tapi aku tau kakak aku ni kuat semangat.moga dia tabah hadapi dugaaan ini..

1st time muhammad balik kelantan

kedah cuti israk mikraj 29hb lepas.so aku pun amek cuti la ari khamis tu,dapat la cuti 4 hari.alang2 dah cuti lama my b ajak balik kelantan.ya laa..moyang muhamad pun blom tengok muhammad lagi.sedara2 kat kelantan tu pun tak tengok lagi.so dalam pukui 12 tgh hari tu kami bertolak.baru ja naik kereta keluaq umah,muhammad dah nyenyak tidoq.haha..

muka tidoq pun comei macam nak gigit2

sepanjang perjalanan tu tadak la dia meragam sangat.cuma aku la pening2 lalat skit sebab duduk belakang.elok berenti berehat,makan tgh hari kat gerik rasanya,aku tukaq dok depan balik.tu pun pening tak berapa nak hilang.

sampai ja kat kampung,ya allah meloncat2 si muhammad ni.seronok sungguh dia.siap menjerit2 bersahutan dengan kambing biri2 chik wa (panggilan muhammad kat moyang dia)..hehe..ramai la tok2 sedara muhammad mai tengok dia.muhammad lagi seronok la tengok orang ramai.abeh semua dia bertegoq sapa,gelak2..malam tu tidoq kat umah ayah(tokwan my b merangkap chik wa muhammad),masyaallah sejuknyaa...atap umah tu buat daripada tanah liat so malam2 memang sejuk sangat.kalah aircond kat umah ;p


hail dengan moyang


nyenyak tidoq depan umah

pagi2 esok muhammad awai dah bangun.mana taknya,dia dengaq bunyi lembu chik wa dia,ayam2,biri2 lagi.hahah..melilau mata dia cari.heheh..seronok sungguh dia duduk kat kampung.ya laa duduk kat taman uda,hari2 berkurung dalam umah.kat kampung ni siap dok amek angin kat beranda umah,tengok pokok2 mesti la dia seronok.petang bawak muhammad pi pantai PCB.1st time dia pijak pasir pantai.hehe muka tu syok ja kena angin pantai.


hail kat pantai PCB

time malam jumaat tu,kakak2 my b plak mai melepak kat umah ayah.ramai2 berkumpoi.amboiii pakat dok amek gambaq muhammad.haha..dia plak bukan main galaknya dok kena acah dengan depa.malam tu plan nak pi berkelah kat air terjun esoknya..hmmm takpa ka bawak muhammad ni?

time pi berkelah tu muhammad agak mengamuk la.mungkin sebab kawasan hutan.kesian dia ngamuk2 takmau tidoq,takmau minum susu.balik dari berkelah singgah umah kak liza,makngah muhammad.aku bagi muhammad mandi,tu pun dia ngamuk takmau berenti.haish susah ati aku.petang tu balik umah ayah,ayah tengok muhammad nangis,ayah cakap pasepa tak bawak lada hitam dah jalan2 masuk hutan tu.baru la my b amek lada hitam baca2 doa skit,ikat kat kain lampin muhammad.malam tu nak keluaq pi KB MALL,so sepanjang jalan nak pi tu,sambil menyusu aku tak berenti2 dok meratib/zikir kat muhammad.alhamdulillah dia berenti mengamuk.sampai KB MALL ja haish melompat,menjerit2 dia seronok.abes semua orang dia tegoq.macam biasa la kalau bawak muhammad,ada ja orang tahan suruh berhenti nak tengok dia.haha..dia pun plak buat sengeh2 ramah dengan orang,lagi la orang syok.tak kira melayu,cina,india semua pakat berenti main dengan dia kat mana2 pun.hehe..

hari sabtu,kat pukul 12 gak bertolak balik dari umah ayah.singgah kat perdana specialist kelantan sebab kak mimi,makcik muhammad suruh singgah.ofismate dia nak tengok muhammad.amboi melompat2 lagi la muhammad orang dok dukung dia sana sini kat dalam tu.koi 1 petang baru bertolak balik.naik atas kereta ja teruih muhammad tidoq.singgah rantau panjang sat pun dia tak jaga.pukul 4 lebih singgah makan kat puncak titiwangsa muhammad tak jaga lagi,hanya bunyi ek ek nk susu ja..bagi minum sambung tidoq balik.haih nyenyak dia tidoq.

dah hampir sampai kat baling baru muhammad jaga.hihi..tadak la meragam sangat cuma bila gelap kat atas highway sg petani tu dia merengek.sebab gelap sama la tu..malam dah sampai umah,dia tidoq pun macam biasa ja..

alhamdulilah la tak susah bawak muhammad jalan jauh2.nanti raya puasa kita balik kelantan lagi ya muhammad.time tu muhammad dah bole makan dah..tak sabaq nak bagi muhammad makan ;)


muhammad hail 4 bulan

alhamdulillah 21 jun lepas umur wan muhammad hail dah cukup 4 bulan dah..hehe 17 jun lepas pi timbang berat muhammad.aiyaa dah naik 8.5kg.ikut dalam kad tu dah obes dah muhammad ni.tapi bila nurse tengok berat masa lahir dan muhammad plak minum susu ibu,dia cakap alright!takpa nanti muhammad hail dah mula merangkak and aktif badan akan menyusut kembali ;)
dah 4 bulan ni pun macam2 ragam dah.sekarang ni nak tidoq kena berdondang sayang dulu.kalau dah ngantuk sangat susu pun takmau dah.kena tanggung kat bahu bagi dia ghalit then baru bole bagi dia minum susu.hehe..nak buat mcm mana,dok dengan tok mama siang2 tok mama nak bagi lena kena dondang sayang dulu.

kadang2 kalau malam takmau sangat tidoq,abah bawak muhammad round tengok lampu.satu lagi perangai muhammad,kalau dah bole naik kereta tu,amboi sombong sungguh.susu pun tolak ketepi.tangan tu sedia dok main kat tepi tingkat kereta.sampai terlena la.haha..

dah masuk 4 bulan ni,mulut pun makin ringan.ada ja benda yang dia nak berbunyik2.tadaknya mulut tu nak diam kecuali time tidoq.hehehe.

owh sekarang 4 bulan ni dia dah kenal ummi abah dah.kalau nampak ummi pakai tudung,tangan tu kepak2 ja nak ikut.nampak abah bangun,muhammad lonjak2 badan nak ikut gak.hehe kesian gak tengok dia,kalau time nak pi keja..haihhh kadang2 abah tak sampai hati,ambik juga muhammad dukung dulu then baru keluaq pi keja..


Muhammad 3 bulan

syukur alhamdulillah 21 Mei lepas cukup la wan muhammad hail berusia 3 bulan.haish pejam celik pejam celik sat ja masa berlalu.
dah masuk 3 bulan ni akai pun makin banyak.hari2 ada ja perkara baru muhammad buat.
antaranya muhammad tengah belajaq menggunakan jari jemari dia.kalo ummi kiss jari dia,dia dah tersenyum2 dah.kalo menyusu ja mula la tangan dia meraba sana sini.selalu dia cari jari ummi dia.pesyen dah time menyusu nak genggam tangan ummi dia sampai dia lena.hehe.kalo menyusu gunakan botol,dah pandai pegang botol sendiri dah..
selalunya time menyusu aku akan sentuh muhammad dari hujung rambut sampai hujung kaki.kalo dia macam kelam kabut sangat menyusu ala2 tak sabaq2 aku usap2 rambut dia.then dia akan lebih tenang skit la.adakala teruih lali nak tidoq.hihi..kalo dia tidoq tak berapa nak lena,usap2 skit rambut dia,tutup rapat la mata dia. ;)

malam2 keja muhammad menyembang dengan abah.dah jadi rutin harian dah sebenaqnya.hehe..abah cakap sepatah,muhammad sambung 10 patah.kalo sembang dengan abah,kaki tangan semua naik.hehe kesian abah kena pukui dengan anak sendiri.abah cakap kecik2 saja bole pukui macam ni.hihihi
minggu ni,muhammad dah mula pandai tengok tv.balik taman nuri,saja aku try bukak babytv kat astro tu.amboi macam nak melompat muhammad melayan tv.hihihi..sekarang ni malam2 muhammad nak abah nyanyi lagu twinkle twinkle little star.kalo tak pun buka youtube ja,ada satu video tu favourite muhammad.

owh angin muhammad minggu ni pun berubah dah.pukul 6 pagi dah segar mata bukak.nyusu sat behtu tidoq balik.malam2 sebelum tidoq ada la sikit ngamuk2.hmm kalo awal malam tu susah skit dia tidoq lena,asyik terjaga ja.kena duduk peluk dia baru lena.tapi lepas pukul 11 mlm, memang lena dia tidoq sampai ke pagi.kalo siang plak,makin kurang dia tidoq.dalam 15 minit macam tu ja.tp kalau lunch aku balik menyusu,amboiii macam x jumpa setahun.hahah..teruih bole tdoq lena lepas menyusu. ;p

Yang Ke-Dua

tahun ke-dua hidup kau dan aku
lahirnya buah cinta kau dan aku
menyemarakkan lagi rimbunan pohon kau dan aku
moga kisah kau dan aku
tidak terhenti terpaku
harapan biar sehingga ke akhir waktu
♥ you Wan Azizul Wan Yusoff

perkembangan wan muhammad hail

aku selalu panggei anak aku,muhammad.sebabnya lepas bersalin my b belum ada lagi nama utk baby ni.jadi yang pasti ada wan muhammad..so aku ngan tok2 muhammad ni asyik panggei muhammad ja.dah 2 weeks lepas tu baru la my b dapat nama belakang iaitu hail.so la ni aku dah terbiasa panggei muhammad,my b plak panggei hail.hehehe..

waktu muhammad keluaq dari perut,berat dalam 3.4kg.betul tekaan dr.kumar ;) lepas sebulan timbang naik dah 4.6kg.uish cepat sungguh kan.

masuk 2 bulan aku bawa muhammad pi cucuk kat KKIA.time ni timbang berat dah 6.1kg..tekejut aku..aku agak2 dalam 5kg lebih ja..nurse cakap semua ok ja..time cucuk,aku dok doa jangan la bagi dia nangis kuat.kang aku yg nangih sama..hahaha..alhamdulillah,dia tak nangis.cuma nangis sebab dok pegang peha dia.memang dia tak suka orang pegang dia kasaq2 ni..hihi..balik umah tu cepat2 demah tempat cucuk dengan air suam,sapu bam panas.then dok pantau suhu risau dia demam.syukur la tak demam ;)cuma merengek manja ja..

cukup 60 hari aku masuk keja.minggu pertama tu ada gak balik time lunch,tengok muhammad ok ja di umah.kat ofis memang aku akan pam susu,kalau tak tak leh wat keja la..mau lenguh badan..alhamdulillah sekali pam tu dapat la 8oz.syukur sangat2 susu aku banyak.murah rezeki muhammad..aku perah harini untuk bekalan hari esok.kalo ari cuti memang x sempat perah sebab asyik kosong ja tangki.haha..muhammad style takmau berenggang.pandai dia set masa.pukul 5.30ptg ke atas jangan arap dia nak minum botoi..tunggu ummi dia balik keja teruih melekap smpai dia tdoq. ;)kalau ummi tadak baru dia minum botoi..

16 mei lepas pi cucuk muhammad 3 bulan.amboi sakan sungguh dia tegur orang keliling.sampai aku pun naik heran tengok dia beramah mesra dengan melayu,cina,india.berat kali ni 7.1kg..masyaallah bertubuh sungguh anak ummi ni.aku bawak susu spare dalam botoi tapi dia takmau hisap.so terpaksa la aku cari tempat tersorok skit nak menyusu.hmm patutnya KKIA kena la sediakan bilik menyusu sebab depa yang menggalakkan penyusuan ibu ni.time aku dok menyusu nasib sorang nurse offer aku suruh masuk dalam bilik rehat depa.muhammad dah terlentok time tunggu turn nak cucuk.sampai turn dia,jenuh gerak gak la suruh bangun.takut dia tekejut time cucuk.alhamdulillah bunyi ekk sikit ja..hehe pastu sambung tidoq balik.ekk tu pun sebab aku tekan peha dia takut dia meronta2..

my b dah risau berat dia 7kg.takut jadi obesiti.next month timbang berat aku nak tanya nurse pasai berat hail ni samada perlu dikawal atau tak..

sekarang ni hail dah pandai gelak mengekek2.mula2 my b jeles tengok hail gelak dengan aku sebab dia kata dia tak pandai main ngan hail sampai gelak mengekek ni.tengok2 malam ni,my b gelak ja,hail yang mengekek terlebih2..hahaha..suka ati my b..tak payah susah2 main.tabiat hail malam2 sembang dengan abah.kadang2 sembang macam nak gado pun ada sebab tangan tu dok tumbuk muka abah ja..hehe...

owh malam ni hail asyik nak melekap ja kat ummi.rindu dendam sangat la tu yaaa..ni ummi bole mengarang sebab time ni memang hail akan tidoq nyenyak sampai kol 4 pagi..so ummi akan letak hail dalam katil hail sendiri.subuh nanti baru ummi bagi hail tidoq atas katil ummi plak sementara ummi siap2 nak pi keja..

rasa syukur pun ada sebab muhammad hail ni senang diurus.hanya nangis kalau lapaq susu ja.yang lain tu tadak masalah apapun..alhamdulillah

pengalaman

Syukur ya Allah..semuanya dipermudahkan..dah hampir 2 bulan baby muhammad melihat dunia.terasa macam baru semalam ja dia dilahirkan..
kalau diikutkan kata doktor dan nurse di KKIA,lambat lagi aku nak bersalin walopon minggu tu dah masuk minggu ke 40..sebab kepala baby tak turun lagi.aku pun dok pikir alahai lambat lagi la nak tengok baby ni.
hari ahad 20 februari aku pi keja macam biasa la..cuma petang tu aku agak musykil.sebab ada tanda lendiran jernih macam gam..tapi tak rasa apapun..dan ada kuaq ayaq jernih skit..kat hati dah terdetik ni tanda2 kot..tapi bila pikir kata doktor (sebab sabtu 19hb aku pi scan,kepala baby blom masuk saluran pun),aku releks ja..cuma dah standby bersih2kan bilik aku,tinggal pesanan kat my assistant semua la,,nak punch card tu aku bagitau kat kakak2 ofis,depa kata haa dah tanda la tu.esok tak mai ofis dah la..hihi syok plak aku dengaq.

my b amek aku balik keja,aku cakap la pasai tanda tu..dia kata nak antaq aku balik umah la sbb dah ada tanda.aku cakap takyah,jum pi showroom dulu,saja nak jalan2 last sebelum berpantang.kat umah tadak plak tanda apa2..hmm aku dok pikiaq esok ada check-up kat KKIA so aku nak tanya nurse la nanti..

pagi time subuh aku tersedaq dari tidoq rasa mcm ayaq keluar skit,bangun cek tengok ada la basah kain aku dalam besaq tapak tangan..aku macam musykil gak..malam tadi pun ada sikit..aku dok ingat macam lendiran yang keluaq petang tu ja so aku buat taktau ja..tapi pagi ni aku macam berdebar bila tengok air tu..aku pun cepat2 mandi,siap2 semua baru gerak my b.cakap kat dia aku rasa nak pi PMC dulu la sblum pi KKIA,aku nak jumpa doktor kumar tanya pasal tanda ni..keluaq awal sebab dalam otak dok pikiaq nak pi KKIA plak lepas pi PMC tu..hehe..MIl pon heran awat kami pi awai..tapi yang nak tergelak,aku n my b tak abaq pun pasai ayaq keluaq ka apa ka..cuma aku kata nak pi PMC sat pastu baru nak pi KKIA..

sampai PMC aku pi bahagian kecemasan.cakap ada turun tanda,doktor yg tengah on duty mai check dia kata dah 2 cm ni.time tu rasa risau ja kalau sakit time buat VE ni..tapi alhamdulillah la tak rasa apa2..so depa cakap kena tahan sebab nanti biaq doktor kumar plak tengok.time nak naik lif ke wad,terserempak dengan doktor kumar jadi kami naik lif sekali..dia kata kalo tadak apa2 harini jugak bole bersalin..tapi nanti dia pi check aku sebab dia nak melawat patient dulu..masuk wad releks lagi la.depa bagi ubat untuk berak..dah berak suma baru rasa berdebar time depa pasang mesin CTG tuu..DR.Kumar mai check dia kata 2cm lagi ni..so dia cakap dia akan buat bukaan ke 3cm..dia suruh tarik nafas dan aku dengaq bunyi macam benda koyak..nasib la tak rasa sakit ka apa cuma aku berpeluh2 ja time tu..so dia suruh tunggu lagi..tapi time tu aku dia suruh masuk dalam labor room teruih..time tu dalam pukui 2 kalo tak salah aku la..

tunggu punya tunggu 3cm ja.then doktor cakap nak induce sebab dia kata dia takmau amek risiko..bole kalo nak tunggu cuma ada risiko baby kena jangkitan kuman sebab dah leaking kan..buat apa nak amek risiko untuk baby kalo ada cara lain untuk percepatkan proses..so bila dah drip ubat baru la start sakit..time tu la baru air ketuban dipecahkan..banyak jugak air ketuban tu..doktor cakap dia estimate aku bersalin malam sat lagi so dia suruh my b pi makan2..tapi my b pun tak lalu dah nak makan..haha..ya rabbi,sakitnya taktau nak cakap..sampai meleleh2 air mata aku..nurse yang mai check contraction aku cakap contraction aku tinggi tapi bukaan slow..mungkin sebab air ketuban banyak,so dah menampan kepala baby masuk laluan sebab tu baby lambat nak masuk..aku sampai terketaq2 dah..pastu depa inject ubat tahan sakit pun tak jalan..so doktor cakap if nak epidural bole sebab dia tengok aku macam dah tak tahan sangat..my b suruh doktor bagi epidural..dia yang tak tahan tengok aku sakit..

lepas suntik epidural dalam pukui 5 ptg tu,rasa selesa sangat..hehehehe..time tu bukaan baru 5cm..baru la bole cakap dengan my b..dalam pukui 8-9 malam tu nurse cakap dah 9cm ni..doktor sampai dia kata dalam 9.30 bole la aku ready..so depa off kan epidural tu..tapi time aku aku tak rasa sakit..huhu..doktor cakap memang ada kes bila dah 10cm bukaan patient akan rasa mild contraction..itu la yang jadi kat aku..kali pertama push tak berjaya..pastu push lagi..then doktor cakap nak vacum skit bagi kepala baby turun..sebab baby kepala masih jauh ke dalam..and doktor cakap if kali ni tak berjaya,dia nak proceed untuk c-sec la..dengaq kata nak operate tu semangat ja aku nak push..alhamdulillah sekali push,dah nampak kepala..time tu kemain lagi nurse2 termasuk my b dok bersorak..aku orang last dalam labor room so nurse2 dari bilik lain mai dok bagi semangat gak..and sekali lagi push aku rasa macam benda besar keluaq..rasa lega yang amat..pastu doktor amek baby letak atas perut,nampak pipi ja yang tembam..hahaha!my b pi tengok baby and azan..pastu nurse bawak baby kat aku bagi aku kiss and bawak keluar tunjuk kat family ;D aku kat dalam dalam proses menjahit..alhamdulillah tak banyak jahitan pun..dah siap semua babah,ummi,mama mai masuk jumpa aku sebelum depa balik..and lepas tu my b and adik aku..dalam pukui 12 tgh malam baru aku masuk wad..haih nak tidoq pun tak bole sebab gembira sangat hati..hehe..

esok pagi doktor cakap aku dah sehat,bole nak balik arini..baby dah berak cuma belum kencing..so tunggu dia kencing dulu baru bole balik..kalo tak,baby tinggal situ,aku balik dulu..alahai sedih aku dengaq..pastu aku mintak nak pi jenguk baby..macam tak percaya ja baby montel yang aku kendong tu anak aku..hehe..lepas naik ke wad untuk bersiap2,nurse bagitau baby dah kencing lepas ja aku keluar dari nursery tu..alhamdulillah!

sakit setiap orang tu berbeza2..macam aku seboleh2nya takmau induce dan guna epidural tapi itu jugak pengalaman yang aku dapat..orang cakap time VE tu sakit tapi alhamdulillah aku tak rasa sakit sikit pun..aku rasa ni antara pengalaman terindah aku.sebabnya my b beranikan diri temankan aku dalam labor room..my b ni bukan jenis orang yang berani tengok darah.time baby nak kuaq,dia yang excited lebih pi jenguk..haha..yang paling aku terharu,nampak tangisan kegembiraan dia :) owh sangat2 sweet..syukur sangat2 dan alhamdulillah 10.07 malam lahir la wan muhammad hail di dunia ni ;)..tengok ja baby,hilang semua sakit.rasa macam mimpi ja sakit2 tu..dah tak teringat dan terasa sakit tu lagi.besar sungguh anugerah Allah SWT berikan kepada kaum wanita ya ;)

alhamdulillah

dah lama rupanya tak update blog ni yaa..arini dah cukup sebulan blog ni sepi..hehehe..sepi bukan sebarang sepi ya..

alhamdulillah,ummi dah selamat melahirkan seorang lagi khalifah di bumi ini tanggal 21 februari 2011 jam 10.07 malam..kalau tengok my previous entry,kita hanya menjangkakan,Allah SWT yang menentukan segalanya.. ;)

insyaallah nanti ada masa ummi akan update cerita dan saat bagaimana amanah dan buah cinta hati ini dilahirkan..

**err bahasa pun kena la sopan..hihi..tah la kadang2 bahasakan ummi la,kadang2 mummy la..so blom tetapkan lagi nama panggilan. ;p

check up di PMC ke-3

harini agak lewat aku pi PMC.dalam 10.30 pagi macam tu.my b laa susah nak bangun pagi ni sebab lepas subuh baru dia tdoq.pagi2 buta pi amek mak mentua aku yang baru balik dari kelantan.so aku ingat takpa la lewat skit sebab selalu pi tadak orang.sekali aku pi mak aiiiiii ramainya orang..haaa amek 3 jam aku tercongok kat situ..hadoiiiii..

sampai turn aku,dr.kumar dah senyum dari jauh.dia kata dia nampak aku dok tunggu lama dah kat depan tu tapi takleh nak potong Q la dia kata..hehe dia pesan kalo nextweek mai orang ramai gak,bole tukaq mai hari lain.weekdays dia tak sebuk macam weekend..hmm takpa la maybe lagi sekali ja kot aku nk jumpa sebab minggu ni dah 39weeks dah..
harini scan seperti biasa.berat baby dalam 3.2-3.4kg..masih normal dia cakap.dia bagitau,sekiranya baby tak mencecah 4kg,dia tak akan buat keputusan untuk c-sec..memang dia menggalakkan patient dia bersalin secara normal.melainkan kalau ada masalah2 tertentu la..macam dalam kes aku,semua ok..alhamdulillah..so dia kata tadak masalah untuk aku bersalin normal.
dia ada bagitau sekiranya sampai 40weeks aku tak bersalin,ada lagi tempoh 9 hari selepas tu.kalau tak bersalin gak,dia akan induce..tapi dia kata dia akan masukkan 2 biji ubat ja untuk induce..kalau tak terbukak gak,terpaksa la c-sec..sebab kalau letak ubat banyak biji pun,rahim akan ada masalah nanti.

time scan dan check perut,dia gelak sebab kepala baby masih longgar.my b cakap baby nak duduk lama kot kat dalam tu.dr.kumar ni memang suka senyum gelak2 la..hihi..behtu dia dok bagi penerangan kat aku n my b macam mana contraction tu..apa2 yang tak pasti bole call dia..nextweek dah cukup 40weeks.so hari sabtu depan,kalau aku tak bersalin gak,baru dia akan terangkan apa yang perlu dibuat..

baby,tanak keluaq ka?wanwi ngan lola nak pi umrah 28 feb sampai 28 mac nanti..kesian depa takdan nak tengok baby kalau baby tak keluaq lagi..nanti depa balik baby dah besaq dah..hehehe..

check up 39 weeks

arini check up 39 weeks.alhamdulillah semua ok.cuma lama sungguh aku menunggu..ya allah..sorang dekat setengah jam rasanya check perut.aku sampai ngantuk tersengguk2..sampaikan my b mai jenguk aku la..ya laa lama sangat duduk kat KKIA tu...nasib dalam 15 minit dia sampai turn aku dah.rupa-rupanya ada MA buat praktikal..nurse mintak kebenaran nak bagi MA tu dengaq heart beat baby.aku izinkan ja..ada 2 orang MA lelaki.yang nak tergelak nya 2-2 orang takleh dengan heart beat baby aku..haahaa..nurse tu sampai naik heran..depa kena letak satu alat apa tah kat perut,then dengaq melalui corong tu la..sampai ke sudah depa tak dengaq..last2 nurse guna alat biasa yg macam speaker tu..haa baru la dengaq.baby pun asyik godek2 sebab dah lama sangat dok tekan dia..baby aku ni pantang skit orang letak tangan lama2 atas dia..memang dia godek tak berenti la..tambah2 kalo nurse tanya,baby banyak gerak tak?aku angguk kan ja..behtu bila nurse pegang2 dia diam..dok cari jantung pun dia diam..tapi bila dah dapat haa jenuh berombak perut.. ;p

check up di PMC ke-2

harini awai gak aku pi PMC.dalam 9.30 pagi dah sampai.yang best nya tadak sapa lagi.so teruih ja masuk bilik jumpa dr.kumar..arini check up biasa-biasa ja..scan tu yang lama.hehe..doktor cakap berat baby dalam 3.2kg so kalo ikut kepada bentuk badan aku,tadak masalah untuk bersalin normal ;)..kepala baby pun blom turun sepenuhnya..huhu tamau turun ka baby ni ;p harini dr.kumar terlebih rajin plak dok scan 4D kat my b..saja dia main2..nak tengok bentuk rupa.tapi tak clear sangat.sebab katanya air ketuban kat area muka tu tak banyak,so imej tak terbentuk..bole nampak pipi bambam ja..haha
arini sat ja aku kat PMC.balik tu ikut my b pi showroom la..dah kat umah tadak sapa ;D

check up 38 weeks

hurm check up kali ni aku rasa macam cepat ja abes.tapi rupa2nya lambat jugak..hehe..punya la malas nak menunggu.tapi kali ni agak terkejut nurse cakap berat aku naik 2.3kg dari seminggu yang lepas.biaq betoi?baru timbang ja kemarin berat maintain ja.hish penimbang depa gelong la ni..memang nurse2 situ komplen kalau naik ramai2 bacaan dia bole lari..so nak tak nak kena la aku pi check berat selang sehari.hadoiii malasnya aku.behtu nurse cakap kaki aku nampak mcm bengkak skit..yang lain2 suma ok laa..

so 9 feb aku pi la plak timbang berat..turun 800gram..yang lain suma ok..nurse bebel plak berat aku turun banyak dalam masa 2 hari..hello?!kan aku dah cakap penimbang tu gelong..nurse cakap aku ni tak lalu makan ka berat turun mendadak.aku cakap la "ish kemarin dulu saya mai kata berat naik 2.3kg sebab tu kena mai amek berat lg arini."baru dia terdiam tengok buku aku..haishh..

11 feb pi lagi,turun 400 gram plak..tapi kaki bengkak skit.yang best arini ari jumaat so x sampai setengah jam pun.sebab ada 3 orang ja..hehe..masa ni KKIA bukak 8-9 pagi ja sebelum depa pi melawat ibu bersalin di rumah.lega aku asyik turun ja berat badan..
erk tapi esok ada check-up kat PMC lak..haih macam banyak kali ja aku kena pi hospital ;(

MGTT di PMC

pagi ni kol 8.30 aku dah terpacak kat PMC.tapi doktor tak mai lagi so nurse soh aku buat test teruih la..pi masuk lab,mengikut kata depa aku kena amek darah 3 kali dan urine test pun 3 kali.maknanya sejam sekali la kan..huaa dengaq nak amek darah 3 kali ni aku cuak gak.kalo dulu amek darah 2 kali pun sampai 5 tempat,kali ni mcm mana ya..hehe..alhamdulillah 3 kali ja kena cucuk.nasib baik la depa pandai cari urat aku..dah tu minum ayaq gula perisa blackcurrent plak kan..lazat sungguh..hahaaha

dalam 11.30 pagi macam tu dah abes test.tapi nak tunggu jumpa doktor yang lambat tu.nurse soh stay sebab dia kata lg senang tau result arini.dalam 12 lebih macam tu baru jumpa doktor.dia cakap semuanya ok..alhamdulillah..senang hati!doktor cakap so kes aku ni berbalik kepada perkara pertama la iaitu memang semulajadi air ketuban banyak.hehe..so next appointment aku 12 feb nanti ;D

check up di PMC

hari sabtu,aku pi wat check up kat PMC lak..ya laa last sekali scan time 32 weeks,so agak curious gak dah brapa berat baby la ni,ada apa2 masalah lain tak..ikut petua my fren,pi awai2 pagi takut ramai orang.hehe so pukul 9.30 pagi dah terpacak kat PMC tu..tadak la awai pagi sangat kan ;).doktor pakar yang bertugas time tu Dr.Kumar Ramasamy.ada la dalam setengah jam aku tunggu sebab ada patient lain sebelum aku.then aku orang ke-2..eh eh besnya!aku masuk dalam 10.15 macam tu la..

dah masuk tu,doctor tengok buku merah aku.dia tanya skit2 la pasai diabetes pak aku tuh then yang pasai D&C..pastu amek berat dan scan.my b request nak buat scan 4d.alololo sebab last sekali dia tengok baby time 5 bulan dalam perut.heehee kesian dia dah lama tak tengok baby..doctor cakap dia akan try buat sebab kemungkinan baby dah besar so susah nak tengok dah..time check perut,doctor cakap baby baru turun..hmm lambat lagi la kot nak kuaq ;p then scan 2d nak amek ukur berat dan panjang baby..time doktor check tu dia cakap air ketuban aku mcm banyak.dia try nak buat 4d scan tapi my baby sorok muka sebelah uri.haha..tapi yang penting tak malu ya my baby asyik menayang si anu dia.amboiiii tak agak2 menayang.doctor siap bole tunjuk penis,testis semua..yang part tu ja clear dia tunjuk.. ;p haha..

then dah abes scan doktor cakap kemungkinan air ketuban banyak ada beberapa sebab la.yang pertama,sebab semulajadi.memang banyak tanpa ada apa2 alasan.yang kedua,kemungkinan tulang belakang baby ada masalah atau masalah berkaitan dengan buah pinggang @ pundi kencing dia.dan yang ketiga masalah ibu yang hadapi diabetes.bila doktor tengok last sekali aku buat MGTT test time 7 bulan,doktor mintak aku buat sekali lagi disebabkan sejarah keturunan.alamak.....then esoknya doktor suruh aku buat test la.nasib la ahad aku cuti umum raya cina..ok ja la kalo nak buat pun..

doktor cakap berat baby dalam 2.95kg..pastu dia mcm tak puas ati pasai scan tadi.so dia mintak nak scan kali ke-2..aku ok ja..hehehe..time scan tu dia guna 2d scan gak.dia kata dia prefer guna 2d scan baru dia bole nmpak dengan jelas.tengok tulang baby,organ2 lain tadak masalah.tak semena2 my baby kalih muka dia ngadap monitor.haa amek,nampak mukanya yang bolattt..haha doktor pun excited soh baby jangan gerak2 dia nak tukaq pi scan 4d plak.time 2d tu bole nampak la bulat mata,bulat lubang hidung dan bulat mulut ;p lama gak doktor nak trace scan 4d..tapi tak dapat secara clear sgt la..yang aku perasan,hidung besaq mcm my b! hahah..mulut kecik mcm aku..pipi of kos ikut mummy dia ni..haha..mula2 doktor risau sebab nampak mulut mcm sumbing,tapi bila dia adjust gambaq and tengok balik 2d scan,dia cakap normal ;) dia cakap kat my b,dia rasa baby ni muka macam aku.hahaha best! aku tanya my b nak print ka.rasa2 takyah la kot kan.tp my b nak print.doctor cakap nanti dah besaq tunjuk kat anak u gambaq mula2 dia di dalam perut ;)

pergh sejam gak la aku dok dalam bilik doktor tu.sebab lepas aku dah tadak patient lain dah..best gak doktor kumar ni..dia ada bagi penerangan pakej bersalin PMC.if normal tak lebih dari rm1500..kalo c-zec dalam rm3500-4000 macam tu la.tapi aku tak decide lagi nak bersalin mana..hehe

37 weeks

minggu ni dah 37 minggu.kemarin konon2 aku amek la cuti..sebabnya dalam plan pagi tu nak pi KKIA buat weekly check-up then teruih pi PMC la kan..di KKIA seperti biasa nak menunggu check perut yang lamanya..dalam 11 lebih dah abes.alhamdulillah semuanya ok..so next monday plak la aku kena pi kalau tak bersalin lagi.hehehe..

lepas balik dari KKIA,singgah maxis centre kat kanchut.nak tengok2 promotion BB maxis.agak murah la sebenarnya walaupun BB tu yang paling koman di antara semua BB.hehehe..aku tak kesah sebab aku ni tak brapa meminat gadjet2 ni.takat bole guna sms and call pun dah cukup.niat di hati tahun ni memang nak beli tipon baru tahun ni.so alang2 promotion BB ni kira dah murah sangat,baik aku sambaq.hari kamis lepas dah pi tanya maxis centre kat star parade,depa kata if tadak no.maxis kena register no.rm50.oo..so kat kanchut ni aku pi tanya teruih la mcm mana nak pakai pakej yang dia tawar tu.tau tak apa jawapan staff maxis yang nama nadzirah tu "pakej ni orang yang ada line maxis ja bole pakai,tak bole register no.baru"aikkk aku mcm blur2 lak.abaq kat my b..dia kata jum pi star parade balik..so kat star parade aku tanya staff nama fisha ni.dia cakap kalo tadak line,kena register no.baru..aku cakap la staff maxis kanchut kata pakej ni valid untuk pengguna maxis ja yang lama ja.dia mcm heran..dia cakap ish tadak la..staf tu cakap macam tu sebab sana tadak stok kot..hmm panas betoi aku kena tipu hidup2 dengan staf nadzirah tu...kat maxis star parade pun tadak stok.so dia call bos dia tanya..bos dia cakap kalo esok tak sampai,seminggu lagi baru sampai sebab nak cuti raya cina ni.tapi bos dia memang dah order dah,tunggu ja laa bila stok tu sampai..hehe...so aku dalam mode menunggu la ni ;)

dah setel suma tu dalam kol 3 lebih..kol 4 petang nak pi makan kenduri plak kat umah abg syam.adik dia kawen..so tak sempat gak aku nak pi PMC..hmm aku memang dok rasa dah ala2 sakit pinggang,sakit perut,sakit macam2 ni..perut pun ala2 dah turun ke bawah skit..so orang tua2 yang jumpa aku kat kenduri kata macam tak lama dah ni..hihi..tak sabaq plak aku ;D

36 weeks

isnin lepas aku pi check-up lagi.owh sekarang kena pi ulang alik seminggu sekali sampai la dah bersalin nanti.huhu rasa malasnya nak tunggu lama2.tapi minggu ni alhamdulillah dalam 3 jam ja menunggu.nasib baik bawak game yg my b belikan utk aku main dlm pantang nanti.haha.lawak la my b ni ;p

semuanya normal alhamdulillah.nurse tanya nak buat perancangan keluarga tak lepas bersalin nanti.aku cakap ya la..dia cakap rancang tu elok2 2 tahun la bukan 5 bulan ya...hehe gelak aku.behtu nurse just bagi nasihat la mcm mana nak susun beg baby dengan mummy yang nak angkut pi hospital.

hmm ramai dok tanya aku ni nak bersalin kat mana?haihh aku tanya pendapat my b,dia cakap ikut yang mana hospital terdekat dia sempat bawak.kalo dah gabra ni menonong ja dia bawak keta ikut jalan yang dia ingat.haha..paling dekat dengan rumah KMC la..tak sampai 5 minit pun.tapi mahal sangat la cas dia.HSB plak if aku sakit pagi2 time orang nak pi keja,alahai mau rempuh 'jem strawberry' atas jalan tu ;p PMC pun ada dalam list.so tak buat lagi pun nak pi ke mana..hehe

owh ramai gak tanya takut tak?hmmmm sejujurnya,aku belum merasai perasaan itu.mula2 dulu ya aku takut.bukan takut nak bersalin,takut kalo jadi apa2 pada kandungan dalam 3 bulan pertama.kemudian aku menikmati sehabis mungkin perjalanan ini.kalau takut pun.takut if baby songsang ka atau ada apa2 masalah.selebihnya aku hanya redha dan enjoy this precious moment.tu ja.. ;D jangan banyak mengeluh,kesian baby dalam perut.sekarang ni pun aku blom rasa apa2,cuma excited sangat2 nak tunggu baby keluaq.maybe rasa takut tu akan tiba bila aku masuk dalam hospital kot..ngeeee ;p

onak duri

owh ada entri tertangguh la rasanya.aritu ada aku abaq nak cerita pasai kerja my b..syukur alhamdulillah di penghujung tahun 2010 my b & partner berjaya buka showroom pertama depa di alor setar.dalam shopping complex city plaza..yang tu la satu2nya shopping complex kat sini jadi tempat budak2 remaja melepak.alhamdulillah sebab baru sebulan beroperasi,impaknya sangat besar untuk bisnes my b.weekend or petang2 balik keja aku ikut my b pi sana la sebelum balik umah.selalu kat sana aku tlg cuci2 showroom tu,dak pun kalo customer ramai sangat,tlg layankan ja..hehe..

aku bersyukur sebab my b berjaya menempuhi onak duri dalam bisnes dia yang baru setahun jagung.umur bisnes dia ni sama dengan umur perkahwinan kami.sebabnya masa kami kahwin tu,masa tu la dia baru nak start bukak bisnes ni.dengan kewangan yang terhad,baru nak menyesuaikan diri dan macam2 lagi.memang tawakal,redha dan hanya memohon bantuan dari Allah SWT.sejujurnya aku redha dan sedikit pun tidak sesal dengan semua dugaan walaupun kami bermula dari 'kosong'.sebab my b yang aku kenai,dia akan berusaha dapatkan apa yang dia inginkan.sejujurnya jugak aku agak tidak mengambil kesah dengan kerja dia.hehe..sebab awai2 dia dah warning jangan masuk campur dalam bisnes dia.hihihihi..susah katanya kalo bini keja sekali.lepas tu 24 jam asyik tengok muka,semua benda buat sama2,masalah pejabat bawak balik ke rumah..so dia nak elakkan semua benda tu..dan disebabkan itu aku telah di banned untuk bekerja dengan dia ;p tapi kalo ada apa2 masalah ada gak la dia merujuk aku,tak pun aku dengan senang hati bagi cadangan @ nasihat.then terpulang la kat depa nak buat keputusan.

dalam perniagaan ni tetap ada orang yang berfikiran negatif.hurmm kadang2 pelik jugak dengan SESETENGAH orang melayu ni ya..masih tidak mahu memajukan dan merubah diri..bersaing la dengan cara yang sihat,tak perlu la guna taktik kotor untuk jatuhkan orang lain.sekiranya produk dan perkhidmatan anda adalah yang terbaik,insyaallah Allah SWT akan murahkan rezeki anda.sekiranya ada orang lain yang lebih baik,tingkatkan kualiti perkhidmatan anda kepada pelanggan.macam orang cina plak,banyak yg bagi nasihat tentang selok belok bisnes ni.takpa la my b cakap,kalau kita balas balik,maknanya kita pun sama taraf dengan depa.so fokus untuk beri yang terbaik ja untuk pelanggan,insyaallah Allah Maha Berkuasa akan membantu hamba-NYA..

rezeki keluarga tuan haji subri!


Add Videoalhamdulillah..
tahun ni nampak gaya tuan haji subri & puan hajjah norma bakal sambut 2 orang cucu la..
;) hehehhe...
my one and only sister kat salak tinggi nuh disahkan mengandung lagi ya..
owh ini anak yang ke-6!!!muhammad danish-pemalu dia ni.. ;)

alhamdulillah rezeki Allah Taala bagi..walaupun ni kali ke-6, kami sekeluarga masih terkejut terima berita ini..sebabnya,my sis cakap tahun ni nak rest,nak besarkan 5 heroes tu dulu sebab 3 yang atas dah masuk sekolah tahun ni.. (darjah 2,darjah 1 dan tadika)..tapi itu la nama pun rezeki..kita hanya merancang,allah yang menentukan..hehehe..


muhammad danial-paling kecik sebab lahir tak cukup bulan.muka dan perangai mirip arwah tok wan..gelaran dia 'tok mat'(nama manja tok wan aku)..hehe

aku tau mesti ramai yang cakap 'haaa??laaaa..mengandung lagik??kesian anak2 yang lain tu ha,kecik lg,takdan nak manja2..'hehe..tapi bagi my sis n my bro in law senang ja jawapan depa..setiap anak tu ada rezeki masing2..rancang pi la macam mana pun,kalo dah tuhan kata tu rezeki depa,takkan nak tolak kan..tapi betoi la cakap my bro in law..setiap anak dia tu,ada ja rezeki untuk depa (setiap kali kak aku pregnant,dia naik pangkat)alhamdulillah..


muhammad hakimi-yang ni paling nakal..masyaallah ada ja cara dia nak nyakat adik beradik yang lain..tapi dia gak yang paling cerdik sebab ada 2 orang sifu kecik dok tolong ajaq dia dari kecik2 lg..hehe

dan ya,my sis suri rumah sepenuh masa..lepas kawen dia berhenti keja sebab ikut suami pi sepang..tapi dia cakap,sebenaqnya jadi suri rumah lagi la sebuk sangat dari bekerja ofis hour ni..jangan taktau ya,my sis nak buat kek pun bole ngendong anak sebelah tangan.sebelah tangan lg ja dok buat kek dari mula sampai masak..punya terer tak terer..segala jenis masakan dia pandai buat la ni,walaupun mula2 kawen dulu nak masak nasik pun tak reti..sebabnya bila dia pregnant,dia mengidam apa2,semua dia masak sendiri..dari kuih muih tradisional sampai western food..so bila anak2 dah besaq ni,memang depa request ja kat my sis nak makan apa..hehe..


muhammad hazeem-yang ni aku jaga dia dari umur sehari ok.. ;p suka sungguh sengeh..

harap2 semuanya dipermudahkan..sebuk la my babah ngan ummi sebab tahun ni cucu depan bertambah jadi 7 orang! 5 lelaki,insyaallah sorang ni pun lelaki jugak ;p..yang ke-7 tu taktau ka laki ka perempuan..hehe..kalo lelaki jugak,bole buat futsal team dah ;) my sis cakap 'aku tak kesah pun laki pompuan.janji sehat..'hehehe


muhammad syiham-yang ni baru setahun lebih.tak pandai cakap banyak lg.bola angguk geleng2 ja kalo tanya apa2..hehe..

last jumpa doktor ;)

10/01/2011-aku pi check up perut.ni kali terakhir kena jumpa doktor,nak scan apa suma la..so dengan semangatnya aku pi dalam kol 8.15 pg mcm tu.tengok giliran no.46..ahaa!mesti tak lama punya la sebab selalu time tu no.60 la 80 la..hehe berangan kejap la nak balik awai..kononnya!

nak amek berat badan perghhh dekat sejam lebih gak haa..hishh..sekali tengok nurse yang buat keja..hmm mcm last week,2 orang ja then dua orang tu la yang panggei nama,amek berat,check bp apa suma..hadoi.aku cakap la this week aku nak kena jumpa doktor.nurse belek kad,dia cakap amek urine ja sebab lastweek dah amek hb darah.lepas amek urine kena check perut kat nurse,then baru leh jumpa doktor.haa sudah.selalunya teruih jumpa doktor ja..nurse ni cakap,kali ni kena check perut dulu..haihh makin lama la aku tercongok kat sini.

dah amek urine suma,pi kat bilik nak check perut sekali tengok,makkk oooi ramai gila orang.apa kes ni?masing2 muka dah bosan.aku yang tak penah2 tetido time check perut pun bole tido 2 round!perghh sampai kol 12.15 aku tercongok kat depan bilik tu..gila lama..rupa2 hari tu hari orang2 dari klinik desa mai ke klinik daerah utk jumpa doktor.disebabkan ramai,time turn aku tu baru depa tambah sorang lg nurse.nurse tu plak budak baru.hehe..so aku pun bole sembang mcm2 ngan dia..dah abeh check suma baru la pi jumpa doktor.ada la dalam setengah jam menunggu.time menunggu tu aku sms bos cakap aku cuti ja arini.dah pukul 1 lebih dah,malas aku nak masuk ofis.

sampai turn aku doktor cakap test MGTT kali ke-2 aritu normal.tadak apa2 masalah.then time scan,doktor dok amek ukuran dan berat baby.masuk 34 weeks ni berat baby baru 1.9kg..hehe kecik baby aku..panjang plak dalam 41cm.. ;) then doktor tengok kepala,tangan,kaki dan jantung.alhamdulillah semua ok..kepala dah kat bawah..jantung pun ok..time doktor dok scan, mula2 ja dia diam sat..lepas tu my baby dok tendang2..haha..doktor tu senyum,cakap baby aktif ni,cuba tengok jantung dia..hehe

dah abeh suma,aku pi jumpa nurse balik..nurse tu terangkan balik la apa yang doktor tulih..nurse cakap nanti jumpa doktor pulak 6 minggu lepas bersalin.next appoinment nurse bagi tarikh 24 januari.nurse cakap itu pun kalo tak bersalin lagi la.kalo dah bersalin,mai report ja then mai balik 6 minggu lepas tu..aku macam terkejut sikit time tu.erkkk..memang dah dekat ka nak bersalin ni.sebab 24 januari tu 2 minggu ja lagi..hahahah..hish dok rasa macam lama ja lagi baby nak kuaq.. ;p tapi sekarang ni aku banyak berjalan lepas abes keja.macam petang kemarin lepas abes check up aku pi kat showroom my b..then saja jalan2 cari majalah.hadoi seksa gak nak berjalan pun.dok rasa ngilu ja haa..aku plak style jalan cepat.bila ngilu,mula la pedo jalan.tapi aku rasa hish lambat nya nak sampai..haha last2 aku jalan buat taktau ja.. ;)

check up kali ke-10

05/01/2011-aku pi check-up 2 minggu sekali dah.sebab dah lepas 7 bulan kan..semuanya ok alhamdulillah..cuma masyaallah lamanya nak menunggu sebab nurse tak cukup.ramai yg meeting..baby plak dok bergerak x berhenti.maybe dia pun bosan kan ikut mood aku yg bosan tu..aku dok ngunyah,dia dok menendang tak berhenti..'ngunyah' sama la tu..haha..siap dok sedu2 lepaih aku makan..hahha..ya ya ya ja macam makan sama2 ngan aku (bosan2 aku imagine la dok mkn ngan baby)..hehehe..

time masuk check perut,nurse kak zah(nurse ni mmg best.dia bahasa diri dia kak zah ja) tanya aku "baby gerak aktif tak?" aku angguk kan ja..sebab time tu tiba2 baby mendiamkan diri.kak zah check dia kata kepala baby dah turun ke bawah..last 2 weeks kepala dok melintang perut..syukur alhamdulillah,yang tu aku nak dengaq tu..

then dia nak amek bacaan heart beat baby.dia dok letak2 x dengaq pun.dengaq baby dok gerak ja..sekali amek!gerak tak berhenti2 sampai senget2 perut aku..terbonjol sana sini.aku pun naik risau.baby aku ni pasepa jadi lagu ni.tadi bukan main dia diam..kak zah tu releks lagi..dia biaq ja baby aku tu dok menari kat dalam.sambil2 tu ada sorang nurse mai tanya dia pasai kes patient lain.so sambil dia dok lekap alat dengaq jantung tu,sambil dia sembang2 la..yang aku ni berpeluh dah sebab baby gerak tak berhenti,sengal2 abeh tulang rusuk ngan perut aku.sambil2 sembang tu kak zah dok 'kepung' baby aku tapi baby aku dok tolak tangan dia..hahaha..ada la 3-4 minit dia biaq baby aku menari sorang2..dah nurse tu blah,dia kata "baby gerak takmau berhenti sampai heart beat pun tak bole amek.bila dia gerak tak berhenti,heart beat dia jadi laju,tak bole amek bacaan normal"dia dok senyum kat aku.last2 dia 'kepung' baby,tindih tangan atas perut aku..baru la baby tu diam xleh bergerak..hahahha...dapat la bacaan heart beat 144..amboiii pandai dia tunjuk perangai noh..gamaknya dia dengaq kot nurse tu tanya dia aktif ka tak..so dia tunjuk la skill dia ;D

nextweek aku kena pi lagi check-up.kali ni jumpa doktor sebab dia nak scan plak untuk kali terakhir..yang lain2 alhamdulillah semuanya ok ;D

tapi dalam seminggu ni memang perasan my baby makin aktif.dah minggu2 terakhir sebelum nak kuaq kan..perut pun dah makin membesaq.berat bertambah 700gram ja..sekarang ni baby dah tak malu2 macam dulu.lagi orang pegang perut,lagi dia rancak bergerak..aku dah bole main2 pegang lutut,siku,bontot dia..hehe pandai2 aku imagine bila aku pegang berbonjol2 tu.siap bole cubit2 lg kot atas perut.. ;D my b sampai bising2 aku dok main cubit jemput2 bonjol tu,dia risau aku dok tekan baby,nanti terpeleot tulang la apa la..hahahha..risau lebih la my b ni..kadang2 bila aku rasa bonjol2 cepat2 aku soh my b pegang.hehe dia pun syok dok acah si kecik ni.