Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

luahan hati

Kadang kadang kita rasakan kita betul
Hakikatnya rasa kita itu hanyalah untuk menutup kekurangan diri

Kadang kadang kita rasa terlalu memberi
Hakikatnya rasa kita itu hanyalah untuk menutup kekecewaan kita

Kadang kadang kita merasa sudah mencukupi
Hakikatnya rasa kita itu hanyalah kerana kita sudah merasa putus asa

Kadang kadang kita merasa sudah membuat sehabis baik
Hakikatnya kita sudah mengalah di separuh jalan

Kadang kadang kita merasa sesuatu itu sungguh membebankan
Hakikatnya kita terlalu mengawal sesuatu itu sebab takut kehilangannya

Kadang kadang kita rasa tidak disayangi
Hakikatnya diri kita yang sentiasa mahukan perhatian

Kadang kadang kita berasa puas andai dapat meluahkan kata hati
Hakikatnya tanpa sedar kita telah mencuit hati orang keliling untuk kepuasan diri sendiri

Kadang kadang kita pendam sesuatu di dalam hati
Hakikatnya kita sebenarnya memakan diri sendiri

Hingga akhirnya rasa itu mati

Published with Blogger-droid v2.0.10

januari 2013


Sudah 13 hari di tahun baru..masih berdebar-debar untuk mengharungi 2013 sebab banyak sangat plan yang dibuat di tahun ni..moga Allah SWT mempermudahkan kesemuanya..sebarang kesulitan atau tidak diperkenankan oleh-Nya, redha dengan aturan-Nya kerana Allah SWT tahu apa yg terbaik untuk kami sekeluarga..aminnn 
Aku mengharapkan yang baik-baik saja di tahun ni..dimurahkan rezeki..diberikan kesihatan yang baik..dilindungi Allah sentiasa..biar bersederhana dari setiap segi kehidupan kerana aku selesa dengan kehidupan sekarang..
Tapi my b masih dalam plan nak mempertingkatkan kehidupan kami..ya laa mesti dlm hidup kita ada target sendiri kan..aku mengharapkan semua perancangan berjalan lancar..insyaallah..
Published with Blogger-droid v2.0.10